Posts

Showing posts from 2021

Jangan Hilang

Jangan kebawa perasaan Perasaan tu kan sekejap cuma Jangan pernah terasa hilang Mengawal rasa sendiri Hilang kawalan saat sendirian Rupanya Itu lagi parah rasanya Jangan pernah kebawa rasa sebal Rasa marah Rasa sakit hati Ke bawa sampai hilang kawal Sampai gigil tangan Sampai keserak suara Sampai mau ditabrak semua  Pergi kau semua menghilang Bersorak syaitan Memarak api benci Memarak api sakit hati Apa dapatnya selepas itu semua? Puas hati? Selesai masalah? Tak juga Dapat sakit kepala Sakit tekak Malah bingung Kok bisa Gitu sekali jadinya Jangan jadi lagi dong, Jangan disimpan lama-lama, Luahkan sikit-sikit. Terima kasih sebab sedar Terima kasih cepat kembali Jangan buat lagi.

Kita Tak Sama

Permulaan kita tak sama,  Mana mungkin jalan kita sama. Kita mungkin berselisih Bertemu sebentar Bekerja bersama sekejap Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya. Satu yang pasti Jalan kau dan aku Ada suratannya sendiri Kerana pulangnya kita nanti juga sendiri Ke negeri abadi. Kita PASTI diuji Ringan atau berat Ujian itu ditulis Khas buat kita sahaja. EKSLUSIF Tak terpakai untuk orang lain Takkan dapat difaham Apatah lagi diharung mereka Melainkan kita sendiri Yang kutip semangat Lalu berdiri sendiri. Setiap yang tersirat, Hanya kita yang mampu merungkainya... Semoga kita semua jumpa jalan pulang, sedang hidup dalam dunia ini.

PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat

Tak terbayang. Akan melalui fasa PKPD. Geng selangor, KL alah tegal biasa. Apa beza PKP PKPD plak ni. Hari ni hari pertama kawasan kami jadi PKP. Pekan kecil. PKPD biasa kawasan perumah, tapak binaan. Tapi PKPD kami satu kawasan ni PKPD. Kecik je weyh, tiga traffic light. Padahal dua minggu lepas kami baru terima kelonggaran. Kelonggaran full dose recipient. Baru boleh rentas daerah. Bayangkan dari 01.06.2021. PKP3.0 bermula. Daerah kerteh yang sebelah tu pun kami takleh lepas. Pekan kami ni, aku rasa masalahnya limited choice at certain places/supermarket/kedai runcit. Aku taktau la orang lain, tapi kenapa kalau aku keluar belanja mesti sejam, sejam lebih. Ini bukan komplen. Ini cuma pilihan aku sendiri. Pekan kami ni kecil. Entah kenapa pasar basah kami tak semeriah pasar besar Dungun. Dari pekan kami ke dungun, ambil masa 20-30min drive. Tapi,  Pasar Besar Dungun, lengkap serba serbi. Semua barang basah, masak boleh dapat kat satu tempat. Sekali masuk, zupzap boleh siap semua. Sayur

Covid - perjalanan yang kabur

Harini, perjalanan covid kita hampir memasuki bulan ke 17. March 2020, Perintah Kawalan Pergerakan pertama kali diumumkan. Satu momen, yang tak pernah dilalui sesiapa pun pada waktu itu. Membuatkan orang cemas dan kelu tak terkata. Semua berada dalam fasa tidak tahu, mungkin 'aware' malah membingungkan. Apa-apa pun, keputusan harus dibuat. Langkah-langkah pencegahan harus dilakukan. Walaupun tanpa tahu dan yakin langkah mana yang harus dilakukan dan harus diutamakan. Langkah pencegahan telah disarankan. Langkah pengurangan (mitigation) telah diutarakan. Amalkan 3W, elakkan 3C. Wash - Basuh tangan dengan sabun dan 'hand sanitizer' Wear - Pakai pelitup separuh muka di khalayak ramai. Warn - elak bersalaman dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan jika bergejala, duduk rumah, elakkan kunjung mengunjung. Crowded places - tempat sesak Confined sace - tempat sempit Close conversation - sembang dekat. Nampak macam senang kan? Payah gila weh. Memang pay

[Tadabbur] Surah Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  Semua kurniaan Allah Ta'ala, dan semua bergantung penuh pada-Nya.  Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Mengajar kita cara memuji-Nya.  Sentiasa ucapkan  الْحَمْدُ لِلَّهِ untuk sekecil-kecil perkara.  Sentiasa ingat Allah dengan memujinya.   رَبِّ - Tauhid Rububiyyah yang membawa maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini. الْعَالَمِينَ - kata dasar عَلَم, bendera atau tanda.  الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Diulang lagi sekali, menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Walaupun berkuasa, Allah nak kita dekat dengan-Nya. Kita lagi nak dekat pada-Nya kerana sifat Maha Pemurah, Maha Penyayang. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Raja yang menguasai hari pembalasan. Di akhirat tiada yang dapat membantu melainkan-Nya. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ terjemahan : hanya kepada engkau kami se

Syukur

Mencari maksud nama sebuah kesyukuran. . . . Kata orang syukur tu mudah diucap Sukar dihayati Mencari makna cukup Buat seorang bernafsu besar Umpama mencari  Seutas benang merah Dalam sehelai baju hitam. Cukup seorang Mungkin tidak cukup pada orang yang lain Mungkin lebih dari cukup  Buat segelintir yang lain. Tuhan kata Ucaplah Alhamdulillah Semua pujian hanya padanya. Cukup atau tidak  Terletak pada berkatnya pergantungan pada-Nya. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Yang baik Yang buruk Semua rahmat kurnia dalamnya. Semoga kita jumpa. Jalan pulang Yang Allah redha... . . . Amin.

Minggu yang penat

Berderau darah Melihat semangat solidariti Melihat semangat melawan  Melihat semangat hidup yang tinggi demi mati yang pasti. Meremang tengkuk Melihat kebinasaan Melihat kebiadapan  Melihat penipuan dan fitnah dunia Jantung berdegup pantas Muka panas memerah Nafas mendadak naik Pantas kita berkalih pandangan Tak sanggup terus menerus melihat. Demi hati yang memarah, Kita cuba berpaling, Kerana terasa peritnya erti ketidakupayaan Mula tertanya Apa sumbangan kita cukup Demi perjuangan yang besar Terasa sangat kecil Terasa sangat tidak tidak bernilai Teringat kata saudara belasan tahun dulu Mereka (Al-Aqsa) tetap akan menang  Satu hari nanti Walau kita tak ambil port Walau kita buat tak tau Dan terus membuta mata, menuli telinga Tapi, apa kita nak jawab nanti... Khilafah itu bermula dari individu dan bait muslim yang kuat. Semoga kita semua terkumpul dalam jalan yang sama ni,InsyaAllah.

Constant

Being a single parent, We will always have this thought. Constantly without fail... Who's going to take care of our child after us? Will he/she been taken care of, As much or better than we did? Tapi kan, Even ad co-parenting pun Benda yang sama boleh jadi... Tapi atleast kita boleh fikir berdua la kan. Hmm, The burden of thinking tu.. Jangan buat main.