Covid - perjalanan yang kabur
Harini, perjalanan covid kita hampir memasuki bulan ke 17.
March 2020, Perintah Kawalan Pergerakan pertama kali diumumkan.
Satu momen, yang tak pernah dilalui sesiapa pun pada waktu itu.
Membuatkan orang cemas dan kelu tak terkata.
Semua berada dalam fasa tidak tahu, mungkin 'aware' malah membingungkan.
Apa-apa pun, keputusan harus dibuat.
Langkah-langkah pencegahan harus dilakukan.
Walaupun tanpa tahu dan yakin langkah mana yang harus dilakukan dan harus diutamakan.
Langkah pencegahan telah disarankan.
Langkah pengurangan (mitigation) telah diutarakan.
Amalkan 3W, elakkan 3C.
Wash - Basuh tangan dengan sabun dan 'hand sanitizer'
Wear - Pakai pelitup separuh muka di khalayak ramai.
Warn - elak bersalaman dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan jika bergejala, duduk rumah, elakkan kunjung mengunjung.
Crowded places - tempat sesak
Confined sace - tempat sempit
Close conversation - sembang dekat.
Nampak macam senang kan?
Payah gila weh. Memang payah.
Sebab pe, sebab kita manusia bersosial.
Lagi satu, kita tercari-cari peluang atau 'loop hole' dalam pernyataan di atas.
Kita tertanya-tanya, berapa dekat yang dikira sebagai dekat.
Kita tau da 1 - 2m tu anjuran jarak dia.
Tapi bayangkan kau masuk pasaraya/kedai runcit.
Ni kita cerita suasana kedai yang kat pekan eh, bukan bandar besar .
'Alley' kat dalam tu sempit dowh. Pastu tu belum lagi kau datang masa stok baru sampai.
Kat alley tu gak dia bubuh, tak faham betul la.
Loading bay kau duk mana weyh,adoi.
Elok tengah tengok kicap, ada member lain datang nak amik kicap jugak.
Berkicap la ko kat situ weyh. Confirm, 2m ko tu akan jadi 2cm dalam sekelip mata.
Tapi aku rasa pasaraya boleh blah lagi sebab ada had orang masuk.
Ada member check kat pintu berapa masuk berapa keluar.
Cuba pergi kedai runcit.
Peh.
Elok kau masuk ada kau dengan pakcik yang beli kicap tadi, sekali nak pilih telur kau tengok berduyun da weyh. Jadilah sesak dan confine kat situ. sebab pe confine, sebab tu la jalan masuk tu lah jugak jalan keluar. sekian wassalam.
kau pun meraba, mencuba dan mengagak.
Kedai mana patut kau pergi.
Pukul berapa patut kau terjah.
Mengikut kiraan aku.
Jangan pergi awal bulan.
Seingat aku, memang time ni la paling rapat.
Bukan kedai je, station minyak ATM mesin kat bank pun sama.
Banyak yang masuk gaji time ni mungkin.
Lepas tu jangan pergi pagi dalam kol 930 ke 10 pagi.
Memang sesak.
Samada kau pergi pagi-pagi kol 7.30, 8.00 pagi atau pukul 3.00 petang.
Sebab apa?
Tengah hari biasa orang ramai gak, mungkin amik peluang lunch hours atau ada la barang yang lupa nak beli kol 10.00 pagi tadi.
Jangan pulak kau terjah kol 6.00ptg. Memang jem.
Orang balik kerja singgah kedai weyh nak bawak balik rumah.
sebab kedai tutup pukul 8.00 malam.
So, kau yang kerja WFH (work from home) ni kau rasa kau nak keluar kol berapa cari barang?
Memang tak lah weyh!
Aku memang jarang cari barang masa weekdays.
Gila kau, time bila ko nak rehat dik oii.
So, apa pilihan aku ada?
Pertamanya, kita beli barang kering online.
Macam tepung, gula, beras, bihun, spageti, sos, kicap, susu, minyak masak, sabun basuh baju, sabun mandi, pencuci lantai, pencuci pinggan mangkuk, ubat gigi, syampu..
Tapi masalah utama online shopping ni kau tau tak apa dia?
Masa penghantaran yang tak sama dan packaging yang banyak gila babeng.
So, apa pilihan aku ada sekarang?
Beli kat satu kedai untuk barang-barang di atas. Barang sampai sekali, packaging pun kurang.
Kadang-kadang barang makanan kering tu dia akan pack sekali campur-campur.
So, sekarang masa aku kurang untuk ke kedai.
Cuma beli barang perishable.
Macam ayam, udang, sotong, ikan, daging, telur, bawang, rempah, sayur dan ulam.
Bila nak beli tu?
Weekdays memang jarang sekali.
Tapi kita guna time line tadi, 730pagi-8.00pagi atau 3.00petang.
Masa hujung minggu ye kawan-kawan.
Beli secukupnya untuk seminggu, tiga orang makan.
Biasanya jumaat pilihan hatinya, sebab lebih bersemangat kot.hahahah.
Yang penting waktu ni, balik kedai/pasar lepas mandi apa kena buat?
Terus ke dapur dan siang basuh bersih sesiap buh dalam bekas ikut portion nak masak nanti.
Sebab apa? sebab aku tau aku sejenis malas nak start semula kalau berhenti di tengah jalan.
Memaaaaaaaaaang taklah nak sambung weyh kalau da start melepak depan tv.
So, kenapa nak siap susun ikut portion?
Sebab senang kau nk masak time weekdays nanti kau kerja WFH.
Sebabnya, kau ada masa sejam je weyh. Mana nak nap lagi. hahahah.
Sepanjang WFH ni benda aku paling rindu adalah NAP!
Tak sempat weyh..
So, masa kau kerja minggu depan tu kau tau kau boleh buat apa?
Masa kau tengah siapkan sarapan, nasi da boleh tanak siap-siap.
Pakai lektrik je pun, tinggal je. senang.
Pastu kau boleh keluarkan ikan ayam tu siap-siap buh atas sinki.
Kalau pakai defrost plate, keluarkan masa 1st half kerja pagi iaitu pukul 10.00-11.00 pagi bila kau tengah sesiap ke dapur bancuh teh atau minum air COWAY sejuk-sejuk.
1230 je, selepas PUSPA tegur kau kat MSTeam, kau da boleh start masak.
2 jenis lauk je ye. Jangan ambitious sangat.
Then abis kerja.
Hidupkan kereta, pusing satu bandar, tengok pantai.
Buat perabih minyak.
Dan cari buah mahupun kudapan.
Semua di atas adalah atas dasar cuba jaya.
Untuk terus hidup dalam kaburnya perjalanan.
Sebuah perjuangan melawan musuh yang tak nampak.
Next time, kita cerita apa kita buat melawan tentangan dalam fikiran kita pulak.
Tak selalunya berjaya, malah selalu putus tengah jalan.
Comments
Post a Comment