Posts

Showing posts from August, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Image
ketika cinta bertasbih. filemnya asik.tak lari dari novel. berdurasi kurang dari 3jam mungkin, kekusutan plot cerita dikompres menjadi olahan yang agak bagus. kerana reputasi filemnya, maka 'ketika cinta bertasbih 2' mulai menyusul. kini bukan lagi dalam bentuk layar perak, namun diolah menjadi drama bersiri. bila bicara soal drama bersiri indonesia, ya, sudah pastilah berjela-jela panjangnya. adoiiii!!! dalam simpanan, keseluruhan episod mencapai 56. tak ke banyak tuh?? Banyak yang mungkin bisa diambil iktibar dan pengajaran. Namun, siri ini juga sudah membuat aku muak dengan watak utamanya. sori deh,ini cuma pendapat aku sebagai salah satu penontonnya. Ana.bukan saya.Tapi Ana Althafunnisa'. Persoalan utama: Ana yang telah menikahi Abdullah Khairul Azzam, kini berusaha sama untuk menimang cahaya mata. Usaha demi usaha diusahakan, namun hasilnya masih tidak kunjung tiba.klimaks penceritaan, Ana mencadangkan Qanita untuk menikahi Azzam setelah

sendirian.

hari ini aku sendirian. bukan menyendiri cuma mahu sendiri. bersendirian di perpustakaan universitiku sendiri. ditemani, haba panas laptopku.. buat penghilang kedinginan penghawa dingin. hari ini terasa sejuk sekali. pustaka ilmu ini, juga lapang sekali. dinginnya amat menusuk kaki.. namun berusaha menumpang haba yang terhasil dari laptopku. esok, kepulangan semula si gadis desa ke kampung halaman. mahu menyelesaikan 'checklist'nya yang tergendala saban hari. keberadaannya di sini juga bukan percuma, mencari bahan buat kuliahnya. tgk contoh repot eit..ddang! hari semakin beranjak petang, mari membaca, ayuh! jangan disia waktumu di sini..~

plan.do.check.act

ha.cheklist da lama ada da. plan? checked! tapi, sampai la ni tak gerak-gerak lagi.. ape cite? checklist: 1. Almond London 2. Cornflakes madu 3. Mazola 4. kuih siput/popiah goreng 5. Cranberries and pistachios shortbread. hu...camne mau gerak? bala tenteranya tiada. laksamana tanpa bala tentera, maka tempanglah kepimpinan! haha, walau keseorangan..akan kugagahkan juga seperti laksamana sunan~ [demam Ramli Awang Murshid belum hilang lagi]

Mikhail. Konklusi?

Image
Mikhail bukan sekadar nama. Mikhail bukan seperti Lee Yoon Sung, the city hunter. Mikhail seperti IRIS dan mungkin juga Athena. Mikhail, berdiri di atas nama sebuah kesatuan. Punya matlamat yang satu, menguasai dunia dengan apa cara sekalipun. "Mengawal ekonomi dunia meliputi saham, harga minyak, pertukaran wang asing, mencetuskan peperangan menerusi kepimpinan Presiden AS, mencalonkan pemimpin-pemimpin pilihan mereka di negara membangun." Mikhail atau nama sebenarnya Mahmud Fadzil, diperdaya Dickens yang merupakan ketua perancang kesatuan bagi negara-negara Asia. Dikenali sebagai Mikhail 496 di kalangan kesatuan, ditugaskan untuk menghapuskan ahli-ahli korporat yang berpengaruh dalam dunia perniagaan: Datuk Seri Tan, Datuk Bakri, Mr. Sundram, Mr. Yap dan Abdul Halim demi penguasaan ke atas ekonomi di Asia. Selepas kematian Mr. Sundram dan Mr. Yap di luar negara, Mikhail sepatutnya menghapuskan Abdul Halim dan Datuk Bakri di Malaysia. Takdir Tuhan, menemuka

22-20, 14-21, 21-23

Lin Dan still the champion of BWF world championship! Tonight, would be the night of celebration for the whole nation. The night when Chong Wei broke the 'curse' of losing the game to Lin Dan. They both played very well tonight. Lin Dan, as always shows a great performance. Chong Wei was better tonight compared to the Olimpic Game when he faced the exact same opponent. Chong Wei really did his best tonight, and he didn't disappoint me as the so-called true fan of Badminton. haha, the match last longer than football match,duh! Will Chong Wei ever win over Lin Dan after this, or will he retire from the game without being able to defeat him? oh, we have to wait and I'm waiting for that moment. -oh! solat terawihku lambat lagi malam ini. ish3-

mikhail=city hunter, lee yoon sung?

Image
Masa mengemas blik aritu.... Di dalam timbunan kotak yang membukit, selak sana. selak sini. buang itu, buang ini. Tiba-tiba, aku terpandang satu buku kecil bersampul putih. sah! Ni mesti novel akak aku punya. Ntah, apa significant dia balut novel-novel dia dengan kertas A4 putih tu pun aku tak tau. Mikhail. Hidup sendirian, bersama bapa angkatnya, Dickens selepas pembunuhan ke atas keluarganya ketika dia berumur 13 tahun. Berhijrah ke New Zealand dan kembali pulang ke Malaysia 16tahun kemudian, untuk menuntut pembalasan ke atas 4 individu yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya. 4individu yang penting dalam dunia korporat. Darah mesti dibalas darah, itu yang diajar Dickens padanya. Kini, selepas 2 pembunuhan kejam dilakukan terhadap Mr. Yap dan Mr. Sundram.. tiba pula giliran untuk Datuk Bakri dan Halim. Namun, keayuan Raihana anak Halim menggugat keutuhan hati batunya yang kejam selama ini. Dia ingkar arahan Dickens untuk membunuh Raihana (terutamanya) dan Zetty, anak

sendiri.menyendiri.

bila sendiri. mula berfikir itu dan ini. terkadang terasa nyaman sendirian, terkadang menyesakkan. fikiran yang sesak dan sendiri itu cuba dijauhi. dengan cara tersendiri. *nama pun menyendiri*. agar yang sesak itu kembali terang dan menyamankan. cara 'tersendiri': 1. tidur 2. baca novel 3. shopping 4. wayang 5. masak 6. main dengan kucing 7. FB dan 'blog-walking' ah, akhirnya yang sesak itu terasa aman. namun, bila kita mulai menyendiri tanpa disertai cara-cara 'tersendiri' seperti contoh di atas... kita mulai terasa sesak kerana bersendirian.kann? "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" [Ar-Ra'd:28]