Posts

Showing posts from June, 2021

[Tadabbur] Surah Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  Semua kurniaan Allah Ta'ala, dan semua bergantung penuh pada-Nya.  Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Mengajar kita cara memuji-Nya.  Sentiasa ucapkan  الْحَمْدُ لِلَّهِ untuk sekecil-kecil perkara.  Sentiasa ingat Allah dengan memujinya.   رَبِّ - Tauhid Rububiyyah yang membawa maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini. الْعَالَمِينَ - kata dasar عَلَم, bendera atau tanda.  الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Diulang lagi sekali, menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Walaupun berkuasa, Allah nak kita dekat dengan-Nya. Kita lagi nak dekat pada-Nya kerana sifat Maha Pemurah, Maha Penyayang. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Raja yang menguasai hari pembalasan. Di akhirat tiada yang dapat membantu melainkan-Nya. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ terjemahan : hanya kepada engkau kami se

Syukur

Mencari maksud nama sebuah kesyukuran. . . . Kata orang syukur tu mudah diucap Sukar dihayati Mencari makna cukup Buat seorang bernafsu besar Umpama mencari  Seutas benang merah Dalam sehelai baju hitam. Cukup seorang Mungkin tidak cukup pada orang yang lain Mungkin lebih dari cukup  Buat segelintir yang lain. Tuhan kata Ucaplah Alhamdulillah Semua pujian hanya padanya. Cukup atau tidak  Terletak pada berkatnya pergantungan pada-Nya. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Yang baik Yang buruk Semua rahmat kurnia dalamnya. Semoga kita jumpa. Jalan pulang Yang Allah redha... . . . Amin.