Kita Tak Sama

Permulaan kita tak sama, 
Mana mungkin jalan kita sama.

Kita mungkin berselisih
Bertemu sebentar
Bekerja bersama sekejap
Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya.

Satu yang pasti
Jalan kau dan aku
Ada suratannya sendiri
Kerana pulangnya kita nanti juga sendiri
Ke negeri abadi.

Kita PASTI diuji
Ringan atau berat
Ujian itu ditulis
Khas buat kita sahaja.
EKSLUSIF

Tak terpakai untuk orang lain
Takkan dapat difaham
Apatah lagi diharung mereka
Melainkan kita sendiri
Yang kutip semangat
Lalu berdiri sendiri.

Setiap yang tersirat,
Hanya kita yang mampu merungkainya...

Semoga kita semua jumpa jalan pulang, sedang hidup dalam dunia ini.

Comments

Popular posts from this blog

RINDU

Harapan

Lagu mana