[Tadabbur] Surah Al-Fatihah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Semua kurniaan Allah Ta'ala, dan semua bergantung penuh pada-Nya.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Mengajar kita cara memuji-Nya.
Sentiasa ucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ untuk sekecil-kecil perkara.
Sentiasa ingat Allah dengan memujinya.
رَبِّ - Tauhid Rububiyyah yang membawa maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini.
الْعَالَمِينَ - kata dasar عَلَم, bendera atau tanda.
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Diulang lagi sekali, menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Walaupun berkuasa, Allah nak kita dekat dengan-Nya. Kita lagi nak dekat pada-Nya kerana sifat Maha Pemurah, Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Raja yang menguasai hari pembalasan.
Di akhirat tiada yang dapat membantu melainkan-Nya.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
terjemahan : hanya kepada engkau kami sembah, hanya kepada engkau kami mohon petolongan.
Kenapa selepas beribadah kita perlu meminta tolong dari-Nya?
Kerana ibadah ni sesuatu yang susah, yang berlawanan dengan nafsu.
Sebab tu kena minta tolong pada Allah.
Macamana nak minta pertolongan?
[2:153] - dengan sabar dan solat.
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ مَعَ الصّٰبِرِيْنَ
terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.
Sabar tu susah.Sebab tu kena minta tolong pada Allah.
Ada tiga peringkat sabar:
1. Berterusan melaksanakan suruhan.
2. Berterusan meninggalkan larangan.
3. Ketika ditimpa kesusahan/musibah.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
terjemahan: tunjuki kami jalan yang lurus.
hidayah/bimbingan (هدى) boleh dapat dengan dua cara:
1. Ilmu - semua boleh dapat.
2. Amal (taufiq) - kepada orang berilmu dan beramal.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
صِرَاطَ - jalan yang luas
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ - yang telah Engkau beri nikmat kepadanya.
Siapa?
1. Golongan para nabi.
2. Orang yang suka kepada kebenaran (Abu Bakar As-siddiq dan Maryam a.s)
3. Orang yang mati syahid.
- ulama' yang 'amilin, buat apa yang disampaikan.
- mati di medan peperangan menegakkan Islam.
4. Orang-orang soleh. (semoga kita berada didalam golongan ini)
غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
Bukan jalan orang yang Allah murka.
Siapa dia? Orang berilmu tapi tak beramal.
وَلاَ الضَّالِّينَ
Yang sesat. Mungkin dia beramal atas dasar adat dan ikutan tanpa tahu asal usul.
Credit to:
Cikgu kita - Pn Bahiah Bt Isa, Mok ngoh garang.
Ketua kelas - Suzai Datul Ezaidah, Sizzling Suzai
Koordinator terbaik - Cikgu Khairiyyah, che yah.
Kami tolong memanjangkan je.hehe.
Alhamdulillah thanks for sharing sistur huhu semoga bermanfaat dan barakah ilmu yg kt belajar dan ug penting semoga kt semua terus istiqamah amin..
ReplyDeleteBtw x gune punye member eja nama akuh pun salah! 😒 ko mmg nak kena!!!
kahkah salah weyh hahahahhahahah
Delete