Posts

Showing posts from March, 2017

Soal hati

Soal pada hati Apa rasa diri Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati senyap Hati memati dan lenyap Hati senyap Hati tidak lagi bersayap Untuk terbang dan merayap Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati tetap senyap dan memati Hati mati untuk menikmati Bukan kerana diri Tapi kerana pernah disakiti Soal lagi pada hati Hati berkata lagi Mungkin nanti, bukan kini. Hati itu Allah yang pegang Semoga hati kita tidak mati Semoga hati kita diberi peluang untuk menikmati Sebelum kita benar-benar mati. NFM, march 2017.

Abah

Abah Air mata itu kini tidak lagi boleh mengalir. Air mata itu aku sendiri saksinya. Air mata itu bukti kasih abah. Abah walau telah pergi Nilai dirinya semoga kekal subur Dalam diri aku yang degil Dalam diri aku yang kasar Dalam diri aku yang tampil kuat. Degil dan kasar aku muncul Sekadar penutup hati yang keciwa Sedih Putus asa Dan sakit hati. Dulu adanya abah Mampu menyejuk hati yang marah Mampu menunduk hati yang angkuh Mampu memandu hati yang sesat Bait katanya ringkas Bait nasihatnya tepat Bait tegurannya padu Bait tawanya menenangkan Mana mungkin aku jumpa abah di hayat ini Mana mungkin ada abah aku sapa lagi Mana mungkin ada abah untuk nasihati  Mana mungkin ada orang faham abah aku lagi Abah telah pergi Yang tinggal  Jangan pernah lupa pada abah Jangan pernah lupa nasihat abah Jangan pernah lupa apa kau dah buat pada abah Yang dulu kalau sesali mungkin abah pun sudah lupai Andai kini kau buat lag

Sebelum mati.

Ada satu detik dalam hidup kau.. Kau rasa malas untuk merasa. Kau rasa rimas untuk peduli. Kau rasa lemas untuk menangis. Sudahnya, Kau berdiri dan termenung. Fikir dan fikir lagi. Apa lagi kau boleh buat. Apa lagi kau boleh ubah. Apa lagi kau boleh katakan. Sudahnya, Kau berdiri lalu mati. Mati akal. Mati cara. Mati hati. Lalu Kau sedar Hati itu milik Allah. Allah jualah yang bisa membolak balikkan hati kita. Semoga kita sempat sebelum terlalu lewat. Semoga kita sampai. Sampai sebelum kita 'mati' lalu salah satu dari kita mati.

Perihal manusia

Manusia ini satu antara dua Yang punya otak atau yang punya rasa. Seringkali, Yang punya rasa itu terlihat lebih bijak dari yang punya otak. Lebih bijak untuk menghargai Lebih bijak untuk menyantuni Lebih bijak untuk memahami. Makanya, Biar kurang otak, tapi biar tuntas untuk merasa. Kerana hati itu tempat rasa. Kerana hati itu mata arah diri. Kerana hati itu kunci untuk memandiri. Kalau hati sudah mati, Otak itu boleh buang ke tepi. Boleh pergi mati. Sekian. Nfm, 5thmarch17.

Antara cinta dan jodoh

Antara cinta dan jodoh Ada satu batas Namanya pilihan. Antara cinta dan jodoh Ada satu ruang Namanya perancangan Antara batas dan ruang ini Ada satu ketentuan Namanya takdir Dalam pilihan, ada rasa dan suka Dalam perancangan, ada masa dan acara Dalam takdir itu pula, tiada kuasa dan daya pada kita Andai takdir tidak dipayungi dengan batas dan ruang, mana mungkin ada jodoh antara kita.. Nfm, march 2017.