Minggu yang penat
Berderau darah
Melihat semangat solidariti
Melihat semangat melawan
Melihat semangat hidup yang tinggi demi mati yang pasti.
Meremang tengkuk
Melihat kebinasaan
Melihat kebiadapan
Melihat penipuan dan fitnah dunia
Jantung berdegup pantas
Muka panas memerah
Nafas mendadak naik
Pantas kita berkalih pandangan
Tak sanggup terus menerus melihat.
Demi hati yang memarah,
Kita cuba berpaling,
Kerana terasa peritnya erti ketidakupayaan
Mula tertanya
Apa sumbangan kita cukup
Demi perjuangan yang besar
Terasa sangat kecil
Terasa sangat tidak tidak bernilai
Teringat kata saudara belasan tahun dulu
Mereka (Al-Aqsa) tetap akan menang
Satu hari nanti
Walau kita tak ambil port
Walau kita buat tak tau
Dan terus membuta mata, menuli telinga
Tapi, apa kita nak jawab nanti...
Khilafah itu bermula dari individu dan bait muslim yang kuat. Semoga kita semua terkumpul dalam jalan yang sama ni,InsyaAllah.
Comments
Post a Comment