Posts

Showing posts from September, 2021

Kita Tak Sama

Permulaan kita tak sama,  Mana mungkin jalan kita sama. Kita mungkin berselisih Bertemu sebentar Bekerja bersama sekejap Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya. Satu yang pasti Jalan kau dan aku Ada suratannya sendiri Kerana pulangnya kita nanti juga sendiri Ke negeri abadi. Kita PASTI diuji Ringan atau berat Ujian itu ditulis Khas buat kita sahaja. EKSLUSIF Tak terpakai untuk orang lain Takkan dapat difaham Apatah lagi diharung mereka Melainkan kita sendiri Yang kutip semangat Lalu berdiri sendiri. Setiap yang tersirat, Hanya kita yang mampu merungkainya... Semoga kita semua jumpa jalan pulang, sedang hidup dalam dunia ini.