Rasa peduli Meniup satu harapan,
Sangat bernilai,
Buat mereka yang kenal erti tidak berdaya.
Kerana peduli
Rasa penat
Rasa tersiksa
Marah, sedih, kecewa, terharu
Bersatu jadi menyatu
Tiada istilah terlalu peduli
Kerana hikmahnya perlu dihalusi
Tak ramai mampu tembusi
ALLAH jualah tempat berdiri
Menampung hati
Yang luruh
Dimamah amarah
Salah sangka
Dan prasangka.
Kata baik itu
Tetap akhirnya buruk
Pada kata tanpa timbal tara.
Pada langkah asing,
Yang cuba kembali kepada fitrah.
Hanya kerana melihat secebis kata,
Menidakkan kenyataan yang seluas langit.
Lalu diri menjadi kembali asing.
Pada ramainya orang
Merasa yang sama.
#kembalipadafitrah
Comments
Post a Comment