Humbling week
Minggu ini, minggu yang penuh dengan pengajaran.
Wali dipertanggungjawabkan ke atasnya tanggungannya.
Paling terkesan isu wali yang perlu memastikan keselamatan tanggungannya.
Teringat abah.
Yang tak pernah mengeluh.
Melayan 3 orang anak perempuannya.
Hantar dan ambil dari sekolah.
Bukan takda bas.
Bukan tak boleh tumpang.
Pergi sekolah kebangsaan berhantar.
Balik tengahari berjemput.
Ke sekolah agama berhantar.
Balik awal sebab ada latihan bola berjemput.
Ke sekolah kebangsaan berhantar.
Habis latihan berjemput.
Nasib sekolah menengah depan rumah.
Pergi balik jalan kaki.
Tapi tuisyen malam tetap berhantar dan berjemput.
Masuk universiti.
Bas stop tu kat sekolah menengah tu la juga.
Dekat, sangat dekat.
Boleh je jalan kaki balik rumah.
Still, berhantar dan berjemput.
Abah tungguh pukul 4,5 pagi tunggu bas aku sampai.
Naik bas dia tanya.
Pastu agak-agak 2 jam sampai dia call.
Ada je insiden terbabas ke melaka.
Tetap berjemput.
Masuk kije.
Tetap berhantar dan berjemput.
Last, masa umur 26tahun.
Momen paling terasa masa abah takda.
Takda orang nak jemput turun bas.
Takda lagi orang nak tanya,
Da sampai mana?
Dah sampai uia? Da sampai rumah?
Terima kasih abah.
Jaga ain dan yang lain-lain 3 orang anak perempuan abah ni penuh santun dan sabar.
#26tahundalamlindunganabah
Allah izin
Comments
Post a Comment