Goodbye

Jangan pandang enteng
Ucapan selamat tinggal.
Kalimat terbaik
Buat yang ditinggalkan.

Kalimat keramat
Selamat tinggal
Makna kita akan bertemu lagi
Kalaupun bukan di dunia
Tapi di negeri abadi.

Pedih
Melemaskan
Rasa tak terungkap
Saat kalimat itu tak terucapkan
Kerna ia juga makna penerimaan.

Masa tidak akan menyembuh
Masa hanya peduli dia
Untuk terus bergerak
Dan berlalu pergi
Tinggal kita untuk menyendiri.

Maafkan ain, tak ucap selamat tinggal.
Abah pergi begitu sahaja.
Semalam masih berkata.
Hari ini sudah tiada.

Ain tak nampak abah
Di perjalanan terakhir abah.
Ain tak nampak abah
Yang telah tiada

Ain nampak abah yang masih sihat
Yang masih mampu ketawa dalam penat
Yang masih bergurau 
Di perjalanan kali terakhir kita
Di perhentian bas Shah Alam.

Abah.
Selamat tinggal.
Buat masa ini.
Nanti kita jumpa lagi.




Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

Harapan