Cukup tak?
Ada rasa yg tak mau hilang
Rasa takut gagal
Rasa tak cukup
Rasa tak terbaik
Buat yang namanya budak.
Ada pelbagai pilihan dia punya
Tapi hujungnya pilihan dia ada pada situasi aku.
Yang hidup sorang pun sudah cukup susah.
Yang hidup sorangnya pun tak cukup betul.
Yang hidupnya penuh luka lama
Yang tak sempat sembuh malah bernanah semula.
Pada situasi ini
Bukan aku yang pelihara jaga dia
Sememangnya aku cuma cuba hidup
Hidup sebaik mungkin
Hanya Allah, Tuhan pemilik segalanya
Yang jaga,yang susun yang pulihara semuanya.
Comments
Post a Comment