Ketegaq
Tuhan kata
Kamu bukan untuk aku
Kamu bukan untuk aku
Aku degil
Aku tetap mahu kekal
Atas dasar kata cuba
Tapi sebenarnya cuba itu
Tidak pernah wujud
Tidak pernah wujud
Pada yang namanya ikhtilat
Kau cukup tahu
Kau sudah tahu
Apa yang kau patut tahu
Tapi kau rasa,
Kau perlu usaha dan berjaya sekaligus
Kau perlu usaha dan berjaya sekaligus
Lalu segala yang kau tahu
Kau letak tepi
Kau pura-pura kau tak menahu
Untuk merasa panasnya dosa tidak bertepi
Tapi nah
ALLAH jumpakan
Yang cukup kena
Untuk mengenakan kau balik
Pada ilmu yang sedikit kau tahu dulu
Untuk kembali mengHAKIMI
Diri yang dulu diperbodoh
Dan dipermain setan
Bukan kamu yang bodoh
Yang jelek
Yang buruk
Dan yang jahat
Tapi aku yang tak mengaku aku
Mengaku aku ni kau
Dan menyalahkan kau atas salahnya aku.
Astaghfirullah..
Comments
Post a Comment