Posts

Lupa pernah ada

Satu detik Tak terlintas ada Rasa itu tumpul lama Tersimpan rapi Di balik selimut pasrah Menyerah Sebelum terserlah. Telah tertutup rapi Jangan cuba dicarik Apatah lagi dicari Kukira dia sudah jauh tertimbus Terbenam dan sukar ditemui lagi Rupanya, Sekaki mungkin lebih tinggi. Hmm. Sudah sudah. Sudah apa jadi lagi Kasihan kau Tak adil mungkin Zalim iya Tapi entahlah. Terlalu lama. Rasa itu pun sudah kau lupakan.

Mana Yang Asli

Image
Mana yang asli Rasa yang sekarang Atau rasa dulu Yang sudah jauh terbenam Di saat rasa kecewa Saat rasa dikhianati Saat rasa terbodohkan Oleh rasa yang hanya ilusi Semua rasa itu benar Benar pada saat rasa itu ada Muncul dan mekar Biarpun asal mewangi Lalu melayu dan mati. Mungkinkan ia bisa tumbuh Dan mekar mewangi Di halaman hati yang kering merekah Apa ada hujan yang menyubur Apa ada matahari menyinar Lubuk hati paling dalam Di tanah kering merekah?

Pertemuan

Manusia datang Manusia pergi Ujian datang silih berganti. Setiap pertemuan adalah ujian. Yang baik, yang gembira, yang membahgiakan Itu ujian. Yang buruk, yang sedih, yang menyakitkan hati Itu juga namanya ujian. Datangnya mereka bukan saja-saja Datangnya bersebab datangnya membawa seribu rahmat dan pengajaran. Kerana Tuhan kita itu Maha Penyayang. Kerana Tuhan kita itu selalu ada bersama kita,  Dan beruntunglah mereka yang bersyukur dan bersabar atas setiap ujian yang diberikan. Semoga kita semua bakalan lulus cemerlang Dalam ujian dunia ini sekejap sini Demi Akhirat yang selama-lamanya. Aamiin. 💖

Jangan Hilang

Jangan kebawa perasaan Perasaan tu kan sekejap cuma Jangan pernah terasa hilang Mengawal rasa sendiri Hilang kawalan saat sendirian Rupanya Itu lagi parah rasanya Jangan pernah kebawa rasa sebal Rasa marah Rasa sakit hati Ke bawa sampai hilang kawal Sampai gigil tangan Sampai keserak suara Sampai mau ditabrak semua  Pergi kau semua menghilang Bersorak syaitan Memarak api benci Memarak api sakit hati Apa dapatnya selepas itu semua? Puas hati? Selesai masalah? Tak juga Dapat sakit kepala Sakit tekak Malah bingung Kok bisa Gitu sekali jadinya Jangan jadi lagi dong, Jangan disimpan lama-lama, Luahkan sikit-sikit. Terima kasih sebab sedar Terima kasih cepat kembali Jangan buat lagi.

Kita Tak Sama

Permulaan kita tak sama,  Mana mungkin jalan kita sama. Kita mungkin berselisih Bertemu sebentar Bekerja bersama sekejap Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya. Satu yang pasti Jalan kau dan aku Ada suratannya sendiri Kerana pulangnya kita nanti juga sendiri Ke negeri abadi. Kita PASTI diuji Ringan atau berat Ujian itu ditulis Khas buat kita sahaja. EKSLUSIF Tak terpakai untuk orang lain Takkan dapat difaham Apatah lagi diharung mereka Melainkan kita sendiri Yang kutip semangat Lalu berdiri sendiri. Setiap yang tersirat, Hanya kita yang mampu merungkainya... Semoga kita semua jumpa jalan pulang, sedang hidup dalam dunia ini.

PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat

Tak terbayang. Akan melalui fasa PKPD. Geng selangor, KL alah tegal biasa. Apa beza PKP PKPD plak ni. Hari ni hari pertama kawasan kami jadi PKP. Pekan kecil. PKPD biasa kawasan perumah, tapak binaan. Tapi PKPD kami satu kawasan ni PKPD. Kecik je weyh, tiga traffic light. Padahal dua minggu lepas kami baru terima kelonggaran. Kelonggaran full dose recipient. Baru boleh rentas daerah. Bayangkan dari 01.06.2021. PKP3.0 bermula. Daerah kerteh yang sebelah tu pun kami takleh lepas. Pekan kami ni, aku rasa masalahnya limited choice at certain places/supermarket/kedai runcit. Aku taktau la orang lain, tapi kenapa kalau aku keluar belanja mesti sejam, sejam lebih. Ini bukan komplen. Ini cuma pilihan aku sendiri. Pekan kami ni kecil. Entah kenapa pasar basah kami tak semeriah pasar besar Dungun. Dari pekan kami ke dungun, ambil masa 20-30min drive. Tapi,  Pasar Besar Dungun, lengkap serba serbi. Semua barang basah, masak boleh dapat kat satu tempat. Sekali masuk, zupzap boleh siap semua. S...