Pertemuan

Manusia datang
Manusia pergi
Ujian datang silih berganti.

Setiap pertemuan
adalah ujian.
Yang baik, yang gembira, yang membahgiakan
Itu ujian.
Yang buruk, yang sedih, yang menyakitkan hati
Itu juga namanya ujian.

Datangnya mereka bukan saja-saja
Datangnya bersebab
datangnya membawa seribu rahmat dan pengajaran.
Kerana Tuhan kita itu Maha Penyayang.
Kerana Tuhan kita itu selalu ada
bersama kita, 
Dan beruntunglah mereka yang bersyukur
dan bersabar atas setiap ujian yang diberikan.

Semoga kita semua bakalan lulus cemerlang
Dalam ujian dunia ini sekejap sini
Demi Akhirat yang selama-lamanya.

Aamiin. 💖

Comments

Popular posts from this blog

RINDU

Harapan

Lagu mana