Ayat-ayat Cinta 2 (sembang movie)

Ayat-ayat cinta 2... kartun.hmm

1. Terlalu mengangkat watak Fahri sebagai seorang yang sempurna.
- seorang yang kaya namatey (read: nak mati) sebab boleh tolong belikan balik rumah jiran dia, Makcik Yahudi yang dihalau keluar rumah sendiri selepas anak tiri dia jual rumah tu. Yang boleh tebus/beli jiran dia Keira yang jual diri online sebab duit, yang ada minimart sendiri (jason adik keira selalu shoplift kat situ), yang boleh upah Sabina perempuan gelandangan yang kena marah orang masjid sebab minta sedekah, yang kena kejar polis, yang boleh upah private teacher ajar Keira belajar viola sebab famili dia tight lepas bapak keira mati.pehhhhhhhhhhh!!

2. Semua perempuan nak pada Fahri. Student dalam kelas dia, brenda (fazura) yang kaki mabuk haha, sepupu Aisha yang selalu mai umah Fahri sebab sambung belajar kat situ..paling lawak Keira, jiran Fahri yang bencikan muslim kerana isu islamophobia (bapak dia mati sebab london attack), tetibe berjanji nak menikah pada orang yang tolong dia jadi pemain viola yang hebat, pfft! Kerana watak Fahri yang suci for sure kebaikan (kekayaan) dia dalam membantu keira disembunyikan. Aduhhhhh

3. Fahri sepanjang cerita sehingga hujung-hujung tak pernah lupakan Aisha yang hilang setelah terlibat dalam kancah perang di gaza (Aisha jadi sukarelawan tolong anak-anak palestin sebab Aisha nak mengubat hati dia yang sudah tidak mampu mengandung). Fahri akhirnya menikah dengan sepupu Aisha setelah dipinang bapanya. Yang lawaknya, Aisha ada je kat situ sepanjang2 cerita. Dia selalu muncul dekat Fahri, jadi gelandangan, kena marah orang masjid, kena kejar polis.. akhirnya Fahri amik dia jadi pembantu rumah namanya Sabina. Aisha (Sabina) konon nak Fahri bahagia dengan sepupu dia, so dia buat macam-macam nak sembunyikan identiti dia. Bila Fahri akhirnya kahwin dengan Hulya, meroyan pulak. Aduhhh

4. Hulya mengandung satu-satunya anak Fahri (mungkin dalam AAC3 fahri kahwin lagi..mana tau) sebab dia akhirnya mati selepas melahirkan sebab kena tikam dengan orang jahat dalam AAC1. Wait.... nak tau apa lawaknya?? Selepas hulya mati, Aisha buat pembedahan plastik (muka dia teruk sebab demi mempertahankan maruah masa kena tahan dengan tentera zionis, dia pi kekah muka dia smpai buruk). Tapi hasilnya... taraaaaaa, Aisha berubah sebijik jadi muka Hulya. So Fahri dapat balik kedua-dua isteri dia (badan Aisha, muka Hulya), Aisha akhirnya jadi Mak (memang mak tiri pun) pada umar, anak yang dikandung Hulya. Happy ending! Hmmm

Comments

Popular posts from this blog

RINDU

THE ORIGIN OF PINKY PROMISE

Harapan