2 years had passed, and it still hurt.
Pernah tak
wujud dalam satu waktu dalam hidupmu..
Bila mana satu kejadian itu ‘surreal’ atau ‘so real’ yang mana
membuatkan dirimu terpinga?
Terpinga-pinga dan sampai tak tahu apa nak buat.
Terasa seperti otakmu terbahagi dua.
Antara mahu menerima dan menolak.
Antara mahu menaruh harapan dan berputus asa.
Dan mana bila akhirnya, kamu terasa tidak lagi terdaya. Helpless bak
kata orang putihnya.
Sampaikan setitik air matamu pun takkan boleh mengalir.
Aku pernah.
Dan aku tak pernah mahu rasa lagi.
Musibah itu terasa berat.
Sangat memberatkan.
27 Mac 2012.
Kali terakhir aku melihat dia masih lagi bernafas.
Masih lagi boleh gelak dan ketawa.
Masih lagi boleh bergaduh. Macam biasa.
Tapi ada yang lain pada hari ini.
Hari ini, aku terasa payah sekali.
Payah sekali untuk pandang wajahnya.
Sedang lepak-lepak atas katil yuz kat bawah:
“ Nanti aku konvo bulan 10, jangan lupa cuti!”
“Nak amik gamba konvo ramai-ramai. Aritu yuz konvo da la tak cukup
korum”
Terdiam. Selang seketika,
“ Hmm..mesti anak aku da besar kan waktu tu”
Ayat biasa je, tapi hati aku rasa lain pada saat dan ketika itu.
Malam tu, aku tidur sekatil dengannya.
Pelik.
Dia langsung tak marah dan larang aku tidur sama.
Selalu, jangan harap ah. Nak masuk bilik dia pun tak dapat. Huahaha.
Ok, fine. Aku pun tidur.
Tidur aku malam tu tak lena.
Dia kerap berkalih. Kerap bangun. Nak kencing.
Fine. Perut da sangat besar, tunggu waktu je.
Emm, ada lagi 2 minggu. Waktu matang sempurna.
28 Mac 2012.
Sama.
Arini jugak aku rasa berat sekali nak pandang wajahnya.
Tapi, kami tetap berborak dan bergaduh macam biasa.
Cuma kurang sikit bisanya.
Arini, dia pulang ke rumah.
Suaminya ambil.
Ok. Fine.
Aku duduk lagi kat rumah tanam anggur.
Kalau dikira-kira, mahu kaya aku.
29 Mac 2012.
Rencana dipergiat.
Zaman aku tidak mengenal whatsapp (Demmm… noob!)
Kami cuma update dan merancang melalui sms, facebook messenger dan
wall facebook masing-masing.
Esok, kami (manuriangs) mahu mencari tanah-tanah jajahan yang baru.
Buat membuka pasar, demi memasarkan buah anggur yang kami tanam dan
peram selama ini.
PWTC-Career Fair. Tempat tipikal lepasan uni dan kolej untuk mencuba
nasib.
30 April 2013
Tiket bas dah ada.
Selepas Jumaat aku sepatutnya, naik bas ke KL.
Ke rumah Yuz di Gombak.
Sebelum Jummuah, dia telefon mak.
Katanya dah sakit-sakit perut. Macam nak berak.
Mak pun suruh dia relaks dulu.
Nanti mak sampai.
Tangkak-Batu Pahat. 1 jam setengah.
Mak masak macam biasa.
Aku tunggu abah balik sembahyang Jumaat.
Aku naik bas.
Aku babai mak abah, terus tidur sampai KL.
Pukul berapa tah lepas sampai KL aku telefon abah.
Tanya pasal dia, macamana.
Abah kata adik (Muhammad Faiz) dah selamat lahir.
Ok fine. Alhamdulillah.
Tapi, rupanya abah tak cerita habis.
Dia ‘struggling’ semasa melahirkan.
Entah pukul berapa, mak bagitau. Dia kat ICU.
Kena operate kasi buang rahim. Darah tak mahu berhenti.
Aku dan Yuz cuba bersangka baik.
Aku cuba, tapi tak berjaya.
Mata berkelip tak mahu lelap.
Tiba-tiba yuz ajak blik.
Awal pagi kami sampai PUTRA Specialist Batu Pahat.
Tempat dia bekerja.
Sehingga ke akhirnya. Sampai saat terakhir sebelum melahirkan.
Ok. Waktu ini, masa bukan lagi realiti.
Masa bergerak sangat lambat.
Aku dah tak tahu sekarang ni pukul berapa dan hari apa.
Menanti dan terus menanti.
A lot of things happen.
Satu yang pasti. Tiada apa perubahan yang berlaku.
Dia tetap terbaring kaku, tidak sedar.
Ada satu yang berubah padanya.
Dia mengalirkan air mata saat kami menyentuhnya.
Aku mula menaruh harapan.
Dia akan sedar.
Aku mula merangkap bait-bait kata untuk diucapkan.
Saat dia sedar nanti dari tidurnya.
Tiba-tiba, aku tatau apa yang jadi.
Yuz bagitau doktor bagitau dia sudah tidak lagi dapat bertahan.
Mak abah baru je balik rumah, nak rehat. Nak amik kain baju.
Batu Pahat – Tangkak. 1 jam setengah.
Aku telefon mak.
Aku tak boleh fikir apa dah.
I’m in disbelief.
Aku turun bawah.
Something happen, someone said something and I got angry.
Aku dah tak ingat apa yang jadi.
I tend to forget things yang sangat2 menyakitkan hati.
Then,
Kami masuk wad ICU semula.
Cuma ada aku, Yuz dan K zi je waktu ni.
Abang Man stucked somewhere in the world, kerja.
He is MAS steward and I'm proud of him.
Kami bacakan yasin.
Kami nangis esak-esak sambil baca Yasin. Macam meraung.
Astaghfirullah. Lama-lama, esak tangis kami beransur tenang.
Saat ini, aku pasrah.
Mak abah akhirnya sampai.
Aku pandang wajah abah.
Mencari jawapan dari abah.
Mencari kata-kata peransang dari abah.
Abah sememangnya perangsang bagi kami saat kami rasa susah dan tak
berdaya.
Tapi malam ni, abah kehabisan kata.
Abah cuma diam tak terkata.
Aku pasrah.
Aku terasa amat tak terdaya.
Nothing much can be done.
Putra Specialist siap propose untuk hantar ke GH lagi.
Harapan yang aku cambah tadi, kian terbantut.
Aku ingat lagi,
Aku pernah mintak pada Allah.
Sorang-sorang.
Aku mintak Allah bagi jalan penyudah yang tepat dan terbaik bagi dia.
Dan esok paginya,
Kami bersarapan lambat.
Dan telefon suaminya berdering.
Kami bergegas ke wad.
Doktor kata, dua kali jantungnya telah terhenti.
Dan doktor berjaya mengembalikan pulsenya kembali.
Dibantu alat sokongan hayat.
Doktor panggil suaminya.
Doktor panggil abah.
Doktor kata, kemungkinan jantungnya nak berhenti semula adalah
tinggi.
Sebenarnya, harapan untuk dia kembali pulih sudah sangat tipis.
Semalam baru sahaja perutnya ditebuk. Kerana, organ dalamannya
deteriorated and failing.
Abah kata: biarlah, kalau jadi lagi biarkan dia pergi. Saya faham.
Tak lama selepas itu.
Terjadi lagi.
Abah diam terkedu tak terkata.
Abah nampak sangat terkejut. Sebab aku bagitau dia, it’s coming.
Her heartbeat stopped.
Abah pasti tak sangka, ia akan berlaku secepat itu.
Yuz terperosok di pintu sorang-sorang.
Aku dah tatau nak buat apa.
Sebenarnya aku da pasrah, saat aku mintak pada Allah subuh tadi.
Aku terus beristighfar banyak.
Aku masuk semula ke dalam wad.
Bersama-sama abah dan yang lainnya.
Dadanya masih berombak.
Seperti dia masih ada.
Ombakan itu, cuma hasil refleksi alat bantuan hayat.
Kami duduk, berteleku.
Membaca Yasin buat terakhir kalinya.
Abah cuit aku.
Abah tunjuk kat monitor.
Ada pulse lagi.
Aku tahu. Abah pun tahu.
Pulse itu cuma alat. Yang sebenarnya, Allahu a’lam.
We’re in denial phase
Pulse turun naik. Adakalanya mendadak naik.
Dan, akhirnya..
Satu-persatu alat bantuan hayat dicabut.
Tiada lagi ombak di dada.
Kami keluar.
Menerima takdir sebaik sedaya mungkin.
Selebihnya, sudah samar-samar dalam fikiran aku.
Dia akhirnya dibawa pulang, ke jalan terakhirnya.
Aku menemaninya, di dalam van yang gila lajunya.
Surah Yasin di tangan.
Aku cuba baca.
Batu Pahat-Tangkak-Sagil: 2 Jam.
Tapi van tu gila laju.
Aku terlelap dalam pada aku membacakan yasin.
Beberapa kali.
My mind shut off few times along the way.
This is too much.
Sesampai di Sagil, kampung kami..
Orang-orang kampung mula bersiap-siap.
Untuk memandikan, mengkafankan, dan untuk menyembahyangkan kau
Maryam.
Jasa terakhir kami buatmu Maryam.
Aku, Yuz dan Kzi,
Bersama-sama kawan-kawan yang lainnya,
Sama-sama memangku, dan memandikan.
Jangan kau sedih Mak tak ikut serta.
Mak tak kuat. Kami juga.
Aku memandang mukamu Maryam, pelik.
Kaku. Tapi terasa seperti hidup lagi. Cuma tidak bergerak.
Wak Mar (akak abah) masuk.
Menyapu muka aku.
Baru aku sedar kembali, yang kau Maryam bukanlah Maryam yang aku
kenal lagi.
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..
Selepas memandikanmu Maryam,
Aku perlu menyahut seruan Illahi.
Zohorku sudah mahu ke laut.
Maafkan aku, aku tak dapat menemani kau sampai ke akhirnya.
Selepas itu,
Aku tak tahu apa yang berlaku.
Tahu-tahu aku tertinggal seorangan di sini.
Mak abah yuz dan k zi da balik ke Tangkak.
Siap-siap untuk majlis tahlil malam ni.
Aku sorang-sorang dengan Muhammad Faiz.
Kesian,
Muhammad Faiz lapar.
Susunya tiada. Pampersnya juga.
Semua sudah diangkut skali ke Tangkak.
Aku cuba bertahan di sini.
Mempertahankan Muhammad Faiz.
Satu-satunya waris Maryam yang tinggal.
Dan selepas itu,
Kisah Muhammad Faiz bemula…
Comments
Post a Comment