...jiwa kecil beriak halus...

jiwa kecil beriak halus.
mengakui dirinya romantis, namun bukan untuk umum.
mengakui jiwanya halus dan sensitif,
namun tetap juga cuba untuk kelihatan kuat.
seperti kuatnya kerikil dan batu jalanan.
batu jalanan yang barangkali membina sebuah bangunan.

itulah impiannya..
bukan untuk membina, cuma barangkali mahu menjadi yang berguna.

jiwang itu sering diutarakan padanya,
namun jiwanya tidak pernah menidakkannyya,
barangkali mengakui kemampuannya untuk menyayangi dan disayangi.

jiwang dan romantis itu subjektif dan fitrah yang disenangi..
walau hanya menurut jiwanya sendiri.

jiwa halusnya kembali beriak halus, menyelami melodi indah sebuah lagu cinta.


"for you it's separation, for me it's waiting"
-Kim Jae Joong, OST Sungkyunkwan scandal-

Comments

Popular posts from this blog

RINDU

THE ORIGIN OF PINKY PROMISE

Harapan