Posts

Rupa

Andai rupa jadi ukuran Aku mungkin tak perlu kau dekati Andai rupa batu pemberat Aku mungkin tak perlu kau timbang lagi Andai rupa jadi sandaran Bukan aku kau patut harapkan dari awal lagi Ha ha ha Rasa hina? Rasa rendah diri? Rasa kurang diamati? Hmmm... Tidak dinafikan Dari mata turun ke hati Mata pasti akan menatap pada rupa  Rupa itu muka Rupa itu tubuh badan Rupa itu penampilan Masyarakat Lumrah hidup Ada piawaian Andai kita tidak menepati salah satu unsur  Cantik Menarik dan Rupawan Jangan sesekali kita lupa diri Mengutuk diri Menyalahkan diri Sayangi diri Kerana diri ini bukan milik mereka Yang menilai dan mengkategori Ia adalah kita Kita milik Allah Cuba jaga Cuba sayang Cuba cinta Sayang diri, sayangi orang lain. We're different and we are unique. NFM 23 sept 2017 0250hrs

Adat hidup

Santun rasa letak pada budi Tunduk laku letak pada hati Indah budi laku dan pekerti Bawa ke sudah bawa ke mati Lalu ke pinggir Bongkak dan dengki Menepis mereka lalu pergi Mendatanglah cinta pada diri Untuk mereka yang disayangi Corak diri sukar dierti Itu tersalah ini memerli Sumbang laku adat menyepi Tersalah tuju terasa hati NFM, 19 sept 2017. 0044hrs. #adathidup #yangtuadisantuni #yangmudadisayangi #semogakekal

Emosi

Emosi manusia lain lain Lain orang Lain tahap emosinya Yang sabar Yang redha Yang diam Bukan mereka tiada perasaan Mungkin Mental dia lebih kuat Hati dia lebih kental Atau dia tidak lagi peduli 'Pergi mati' Ataupun cuma Memang itu dia Seperti itu hidupnya Yang melenting Memaki  Meradang Dan meraung Bukan mereka tidak berakal Cuma mungkin  Sudah cukup bertahan Sudah cukup berasa hati Sudah cukup disakiti Ataupun cuma Itu adalah memang dirinya Yang kurang sabar Kurang fikir Kurang peduli Maka manusia ini Perlu komunikasi Jangan pendam Harap orang lain mampu faham Jangan meredah Harap orang lain akan faham -cuba luah, cuba rasa, cuba hidup -kita saling memerlukan

Hilang

Hilang. Tiada dipandang. Tiada dirasa. Tapi berbekas di hati. Hati kita punya cuma satu. Tidak kita tahu Bila hati mahu memunya. Bila hati mula memunya, Dia mula rasa hilang. Bila tidak lagi mampu dipandang Dipegang Dan dirasa. Manusia Makhluk terajaib dunia. Punya hati namun bukan miliknya. Allah jadikan manusia sebagai makhluk beradaptasi. Menyesuaikan diri sesuai keadaan diri. Hati itu Allah yang punya Hati dia dan hati kita semua. Tiada satu di dunia ni punya kita. Punya Allah jualah milik segalanya. Kehilangan paling terkesan Hilangnya abang Hilangnya kakak Hilangnya abah. Mereka hilang sebentar, Moga Allah bagi izin jumpa lagi.

Definitely, maybe

This is a title of a movie. Subjek utama dia - perihal pertemuan, pilihan, dan jodoh. Manusia bertemu dan berpisah. Itu lumrah. Manusia tersuka dan terminat. Bukan pilihan, itu tarikan. Kerana tarikan, kita berani untuk mula buat pilihan. Bila pilihan kita sudah ada pilihan dia sendiri, aduh..nasiblah badan. Itu tajuknya "tiada jodoh antara kita". Pada saat itu, ketika itu. Tapi bukan selamanya. Kita berjalan dan hidup seperti biasa. Tiba-tiba, setelah lama tidak bertemu... kita bertemu dan bersapa kembali. Atas dasar tarikan yang sama dulu, kita tersuka dan terminat. Lalu, kita cuba untuk membuat pilihan sekali lagi padanya. Atas dasar rasa takut ditolak mentah, kita tunggu dan tunggu. Kita tunggu lagi. Tunggu lagi. Dan lagi. Kerana sendiri, kita tidak akan berani untuk mula membuat pilihan itu lagi. Lalu kita tunggu dan tunggu. Sampai satu masa kita tak mampu tunggu lagi, lalu kita cuba sekali lagi. Nah... waktu ini, s...

Nikmat hidup

Aku percaya. Allah pilih aku untuk hidup. Allah pilih cara, untuk aku hidup. Allah bina jalan, untuk aku hidup. Allah tahu aku mampu hidup. Allah tahu aku perlu ditolong untuk hidup. Allah tahu berapa banyak aku boleh tahan. Banyak mana boleh buat aku tersungkur. Dan semampu mana boleh aku berdiri lagi. Allah itu adil. Allah itu pencipta aku. Mana mungkin Allah tinggalkan aku. Mana mungkin Allah biarkan aku. Mana mungkin Allah tidak tolong aku. Segala bentuk rupa hidup aku kini Allah dah susun cantik untuk diri bernama aku. Allahu.. maafkan aku. Tamak aku untuk merasa lebih. Tamak aku untuk tidak berada dalam jalan hidup ini. Tamak aku untuk berlari dan pergi. Manusia. Tamak. Dengki. Sangka buruk.