Definitely, maybe

This is a title of a movie.

Subjek utama dia - perihal pertemuan, pilihan, dan jodoh.

Manusia bertemu dan berpisah.
Itu lumrah.
Manusia tersuka dan terminat.
Bukan pilihan, itu tarikan.

Kerana tarikan, kita berani untuk mula buat pilihan.
Bila pilihan kita sudah ada pilihan dia sendiri, aduh..nasiblah badan.
Itu tajuknya "tiada jodoh antara kita".
Pada saat itu, ketika itu.
Tapi bukan selamanya.

Kita berjalan dan hidup seperti biasa.
Tiba-tiba, setelah lama tidak bertemu... kita bertemu dan bersapa kembali.
Atas dasar tarikan yang sama dulu, kita tersuka dan terminat.
Lalu, kita cuba untuk membuat pilihan sekali lagi padanya.

Atas dasar rasa takut ditolak mentah, kita tunggu dan tunggu.
Kita tunggu lagi.
Tunggu lagi.
Dan lagi.

Kerana sendiri, kita tidak akan berani untuk mula membuat pilihan itu lagi.
Lalu kita tunggu dan tunggu.
Sampai satu masa kita tak mampu tunggu lagi, lalu kita cuba sekali lagi.

Nah... waktu ini, saat ini, sesuai sekali.
Dia dan kita, sama-sama punya rasa yang sama.
Sama-sama berada dalam fasa yang sama.
Sama-sama cuba membuat pilihan yang sama.
Maka, saat ini itulah jodoh kita.

Jadi...
Jodoh itu bukan perihal orang semata-mata.
Ia perihal masa.
Andai masa itu tepat dan kena pada waktunya, Insya Allah.. jodoh itu ada buat kita.

Andai tiada di sini, di dunia fantasi ini..
Kita kena redha.
Asal kita sudah usaha dan bukan mengeluh saja.

Gituuuu.





Comments

Popular posts from this blog

RINDU

THE ORIGIN OF PINKY PROMISE

Harapan