Janji
Jangan main-main dengan namanya janji
Cuba tepati janji sebaiknya
Cuba berfikir masak-masak sebelum berjanji.
Fikir masa,
halangan,
komitmen lain.
Hidup kita ni pelbagai cabangnya.
Salah satu cabang hidup kita tu
pastinya berkaitan bersamaan dgn orang lain.
Orang lain itu mungkin kenalan kita
Orang lain tu mungkin pelanggan kita
Orang lain tu mungkin keluarga kita
Tak kira betapa rapat atau tidaknya kita dengan orang itu,
Jagalah janji kita.
Atas nama janji itu ada namanya kepercayaan
dan juga namanya kebolehbergantungan kita.
Comments
Post a Comment