Anak cerminan mak bapak

Allah.
Sesungguhnya rasa berat hidup pada zaman ini.
Anak-anak bukan depan mata kita sentiasa.
Ke sekolah dah separuh hari.
Separuh hari lagi kadang ke transit, kadang di rumah.
Petangnya main dengan kawan-kawan.
Banyak masa mereka dengan kawan dari dengan kita.

Penat mulut bicara jangan.
Penat hati menahan sabar.

Takdir Allah.. kini aku menjaga seorang anak, anak kakak ku sendiri. 

Umurku bukan muda remaja masa tu, 24tahun.
Tapi mindaku belum cukup mampu mentafsir dan menerima.
Mana itu tanggungjawab, mana apa perlu dilakukan.
Semuanya berjalan senada, meniru daya didikan abah. 
Mak sama-sama menjaga dia. Maka hasil didikan mak pun ikut sama menyerap. Peh.

Satu hal yang payah.
Cara pemikiran mak tak sama dengan cara dan pendekatan aku.
Aku sudah rasa apa itu insecurity, apa itu diskriminasi, apa itu bangga diri.

Berkat selalu berborak pada abah,
Abah terapkan soal rendah diri bukan merendahkan diri.
Abah terapkan percaya diri, bukan membongkak tinggi.
Abah menghidupkan falsafah 'berbuat habis baik' dalam segala hal. To be the best of you.

Ibu bapa memang perlu jadi kawan pada anaknya.
Melukis garisan pemisah dari yang hak dan yang batil.
Andai ibu bapa tidak mampu, perlu meminta bantuan pada orang lain.
Untung ibu bapa yang mampu didik anak sendiri.

Keputusan anak-anak selepas itu adalah atas pilihan dia sendiri. 
Ustaz kata, setiap manusia tu ada dua pilihan. 
Mereka ada akal dan budi bicara, ada hukum dan panduan. Pilih.

Tapi dengan kudrat aku sendiri,
Aku tau aku tak mampu memberi sepenuh perhatian pada dia.
Pemikiran aku cuma ada yang ini.
Semoga dia jumpa yang baik dari yang mampu aku berikan.

Semoga jadi jariah buat diriku.
Yang seorang diri,kala ini.
Peh.


Comments

Popular posts from this blog

RINDU

THE ORIGIN OF PINKY PROMISE

Harapan