See you
Kata orang
Kita tak seharusnya bertemu
Kerana kita tidak akan sakit
Dan kita tidak akan sedih
Sedih dan sakit kita
Mungkin hanya aku
Atau kau yang rasa
Tidak mungkin kita berdua
Andai kedua kita boleh rasa
Kenapa sedih dan sakit
Yang terpilih
Bukan yang gembira
Bahagia dan mempersona?
Maka aku yakin kini
Cuma aku yang rasa
Kau mungkin tidak ada apa-apa.
Kau rasa biasa
Ini semua biasa
Ini semua normal
Normalisasi pada yang salah
Maka salah itu takkan nampak
Yang nampak cuma satu
Satu itu aku
Aku itu bodoh
Bodoh menganggap lebih pada yang normal.
Yang normal pada kau.
Bukan pada aku.
Tapi kalau tak
Aku takkan tahu
Mana itu salah
Mana masa perlu aku berlalu
Dan tinggalkan rasa itu pergi
Aku tak pernah menyesal
Jumpa
Dan kenal kau
Yang bernama pengalaman.
See you.
Comments
Post a Comment