"Satu tarikh paling tidak mahu aku lalui lagi.
Memori yang ada, mahu aku hilangkan.
Mahu aku padamkan.
Mahu aku lenyapkan, selamanya"
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.
Petikan di atas, pernah aku nukilkan.
Mengharapkan agar perasaan pedih kehilangan itu tidak lagi aku rasakan.
Sungguh.
Mungkin Tuhan juga tahu. Aku bukanlah kebal.
Untuk menghadap satu persatu ujian dari-Nya.
Namun, tetap rasa kesal itu menebal dalam hati.
Semakin hari semakin menebal.
Terasa tebal sehingga membeban.
Satu yang aku kesalkan.
Satu saat itu.
Saat menatap wajah ayahanda ku buat terakhir kali.
Saat itu tidak akan pernah aku rasai sampai aku mati.
Kerana berada jauh di pantai timur, aku kesal.
Aku kesal, kerana tidak berupaya untuk tiba sebelum waktunya.
Sampai ke saat ini, aku tidak pernah mimpi tentang dia.
Perginya dia, seperti pergi bercuti.
Cuti yang panjang, entah bila berjumpa lagi.
Terasa kosong.
Jiwa ini rasa kosong.
Setahun lebih tanpanya, aku seperti hidup bagai robot.
Fungsinya, makan tidur kerja.
Hanya doa dan amalan yang sebesar semut je mampu kirimkan.
Tempat kerjaku menjadi tempat untuk aku lari dari realiti.
Kerana di sini aku bisa menyibukkan diri dari dibelengu emosi.
Tapi realitinya, aku cuma melarikan diri.
Akhirnya memakan diri.
Aku depress.
Terasa hidup ini sangatlah singkat.
Pelan hidup 5, 10 akan datang were all bullshit!
Pelan hidup itu bermakna buat mereka yang mahu hidup seratus tahun!
Target aku cuma sampai minggu yang depan.
Setahun lebih berlalu selepas abah meninggal,aku cuba lebihkan matlamat hidup sebulan kehadapan.
Bila musim performance review sampai, bos tanya "what is your target?"
When I answer sincerely, his response was like "u macam tak semangat je nak improve".. hell ya! Semangat nak hidup pun aku tak ada tau tak.
Sesungguhnya, doa abah aku telah putus.
Aku mengharap doa ibuku mampu terus bersamaku lebih lama lagi. Amin!

Comments
Post a Comment