27 tahun dulu hidup bersulam liku dan pilu memikir hala dan tuju mana nak dituju, mana nak didulu kini. selesai sudah urusanmu di sini selesai sudah tanggungjawabmu di sini tiada lagi yang boleh merunsingkanmu di sini tiada lagi yang boleh didambakanmu di sini kerana kini urusanmu telah selesai biarlah yang ditinggalkan, kami uruskan. urusan kami belum selesai, selagi kami masih di sini. semoga kita bertemu lagi, my lovely sister.. SITI MARYAM MATORI. dan abangku MUHAMMAD SYUKRI MATORI. AL-FATIHAH. -1 APRIL 2012-
Ada rasa yg tak mau hilang Rasa takut gagal Rasa tak cukup Rasa tak terbaik Buat yang namanya budak. Ada pelbagai pilihan dia punya Tapi hujungnya pilihan dia ada pada situasi aku. Yang hidup sorang pun sudah cukup susah. Yang hidup sorangnya pun tak cukup betul. Yang hidupnya penuh luka lama Yang tak sempat sembuh malah bernanah semula. Pada situasi ini Bukan aku yang pelihara jaga dia Sememangnya aku cuma cuba hidup Hidup sebaik mungkin Hanya Allah, Tuhan pemilik segalanya Yang jaga,yang susun yang pulihara semuanya.
Jangan bagi harapan Kalau tau susah ditunaikan Jangan janji itu ini Kalau tau susah ditepati Cukup cuma hidup Jangan tambahkan harapan Cukup cuma rasa Jangan cambahkan kecewa Hidup sendiri lama telah dilalui Mungkin bole hidup sebegitu sekali lagi.
Comments
Post a Comment