Posts

Takdir hidup

Takdir hidup kita.. Lain dan berseni. Ada yang lurus dan terang, Ada yang berliku lagi kelam. Usaha kita Takkan pernah menjamin takdir akhir kita. Tapi tanpa usaha Mungkin kita menempah takdir akhir yang kelam dan suram. Tidak dikira cukup sifat tawakal kita, Tanpa usaha dan doa Kerana Allah jualah yang berkuasa Ke atas setiap benda Tidak terkecuali yang ghaib Jangan pernah bongkak Kau berusaha dan berjaya Jangan pernah gah Kau tak berusaha dan berjaya Itu semua, Allah bagi izin.. Alhamdulillah 'ala kulli hal~~

Tak pernah kenal

Kita ni.. Jadi orang, takkan pernah berjaya. Untuk kenal orang lainnya dengan sepenuhnya. Kita ni... Diri sendiri pun belum tentu kenal. Kita ni.. Jadi orang, jangan nak gah. Kata kita dah kenal sekian-sekian orang lainnya. Biar dia tu laki kita, bini kita, anak kita hatta siapapun dia. Orang ni, berinteraksi mengikut situasi, mood dan orang yang diinteraksikan bersama. Kita ni.. Jadi orang jangan mimpilah. Kita dan orang lain tu, Jasadnya dah lain, Fikirannya pun dah lain. Rasanya lagilah lain. Apa yang buat kita dapat bersama bukanlah sebab kita cukup kenal dengan mereka. Tapi sebab kita mampu tolak ansur ketidakkenalan kita pada dia. Buruk, busuk, kejengkelan dan segala yang tak sedap dilihat.

Gemok, the saviour.

We do not resemble each other. You are flowing water, i'm flaming fire. Your thought, organized, I'm just a girl with no thought. I act on instinct, and hopefully everything will turn out ok.hahahah. I could be snapped with emotional compression. You, compressed and let it go. Dunno when you vent all those 'trash' out of your system. We both different yet we share the same thing. I know i could depend on you. Anytime, everyday. We might not seeing each other very often But  We will be us forever. Through thick and thin. I love you and your anak buyum, Gemok. Be strong! Hahahahahha.

Redha😊

Saat rahasia bukan lagi tersembunyi Saat rasa tidak lagi terkawal Saat hati mulai mengintai Lalu Hapus hilang semua Yang dihimpun Yang dikambus dan Yang dilingkup Menyusup rasa redha Mengharap itu termampu Bukan mustahil Tapi muktahir Ada satu antara dua Antara suka dan kecewa Dua rasa saling bertingkah Manapun ia Kau harus redha.

Bukan sendiri

Kita manusia Hidup bermasyarakat Adanya kita bukan sendiri Adanya kita bersama ahli Ada keluarga. Ada adik beradik. Kawan-kawan dan rakan sekerja. Komitmen kita pelbagai Ada remeh Ada penting Ada yang asal ada. Kita kena hormat masa dan kepentingan orang. Untuk orang hormat masa kita. Untuk orang setuju acara kita. Be gentleman, be humane. Thank you.

Rupa

Andai rupa jadi ukuran Aku mungkin tak perlu kau dekati Andai rupa batu pemberat Aku mungkin tak perlu kau timbang lagi Andai rupa jadi sandaran Bukan aku kau patut harapkan dari awal lagi Ha ha ha Rasa hina? Rasa rendah diri? Rasa kurang diamati? Hmmm... Tidak dinafikan Dari mata turun ke hati Mata pasti akan menatap pada rupa  Rupa itu muka Rupa itu tubuh badan Rupa itu penampilan Masyarakat Lumrah hidup Ada piawaian Andai kita tidak menepati salah satu unsur  Cantik Menarik dan Rupawan Jangan sesekali kita lupa diri Mengutuk diri Menyalahkan diri Sayangi diri Kerana diri ini bukan milik mereka Yang menilai dan mengkategori Ia adalah kita Kita milik Allah Cuba jaga Cuba sayang Cuba cinta Sayang diri, sayangi orang lain. We're different and we are unique. NFM 23 sept 2017 0250hrs