Posts

kawen??

ha.. ambo idok le uda mau menikah sebulan dua lagi. tapi, bak kata org preparation itu penting. sijil kawen, syarat jep.. untuk menikah. walau sebenarnya, sang suami itu belum juga muncul-muncul. haha, alang2 dpt student price kat UIA aku yang tercinta ini..baik la dimanfaatkan dengan sebaiknya~ soal jodoh itu, saya percaya pada ketentuan Tuhan. Moga dipertemukan yang beriman dan beramal soleh. [harap aku juga begitu] selamat bertemu, wahai sang suami~

Stop This Train!

John Mayer cover by Cameron Mitchell. here. John Mayer, "stop this train" LIVE in LA. here

Sound of a fresh face, give out a fresher feeling..

"your song" covered by cameron mitchell..~ Cameron Mitchell on The Glee Project here

oh.tersepit.

Image
cik Buras, masuk rumah..dia terus menggila. Ke sana ke sini, melompat dan menggigit. Selepas tangan kakiku dikekah..oh,hati terus terbakar. Buras mahu diburu. Ke hulu, ke hilir. Dari dapur bawak ke tengah rumah. Buras hilang, entah ke mana. penat mencari, badan terebah di permaidani rumah. tertoleh ke kanan. hoh! Apa tuh?? Gotcha! tiba-tiba teringat eskrem Gotcha yang aku suka makan dulu. Adakah Cik Buras mengatur strategi untuk serang hendap ke atas aku, sekali lagi? oh, atau cuma taktiknya mahu melepaskan diri dari menjadi buruan aku? ceh...! Aksi mengumpan dimulai. Yes, mengena! Cik Buras mulai keluar dari persembunyian. Cik Buras bukan keturunan mengalah. Tetap melawan, walau umpanan hampir keseluruhan mengena. Sikit jelagi, haish! Setelah beberapa minit berjuang,Cik Buras mula menunjuk tanda give up! Ngahahaha...~ I'm gonna miss you, Buras busuk! xoxo

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Image
ketika cinta bertasbih. filemnya asik.tak lari dari novel. berdurasi kurang dari 3jam mungkin, kekusutan plot cerita dikompres menjadi olahan yang agak bagus. kerana reputasi filemnya, maka 'ketika cinta bertasbih 2' mulai menyusul. kini bukan lagi dalam bentuk layar perak, namun diolah menjadi drama bersiri. bila bicara soal drama bersiri indonesia, ya, sudah pastilah berjela-jela panjangnya. adoiiii!!! dalam simpanan, keseluruhan episod mencapai 56. tak ke banyak tuh?? Banyak yang mungkin bisa diambil iktibar dan pengajaran. Namun, siri ini juga sudah membuat aku muak dengan watak utamanya. sori deh,ini cuma pendapat aku sebagai salah satu penontonnya. Ana.bukan saya.Tapi Ana Althafunnisa'. Persoalan utama: Ana yang telah menikahi Abdullah Khairul Azzam, kini berusaha sama untuk menimang cahaya mata. Usaha demi usaha diusahakan, namun hasilnya masih tidak kunjung tiba.klimaks penceritaan, Ana mencadangkan Qanita untuk menikahi Azzam setelah ...

sendirian.

hari ini aku sendirian. bukan menyendiri cuma mahu sendiri. bersendirian di perpustakaan universitiku sendiri. ditemani, haba panas laptopku.. buat penghilang kedinginan penghawa dingin. hari ini terasa sejuk sekali. pustaka ilmu ini, juga lapang sekali. dinginnya amat menusuk kaki.. namun berusaha menumpang haba yang terhasil dari laptopku. esok, kepulangan semula si gadis desa ke kampung halaman. mahu menyelesaikan 'checklist'nya yang tergendala saban hari. keberadaannya di sini juga bukan percuma, mencari bahan buat kuliahnya. tgk contoh repot eit..ddang! hari semakin beranjak petang, mari membaca, ayuh! jangan disia waktumu di sini..~