Pertemuan
Manusia datang Manusia pergi Ujian datang silih berganti. Setiap pertemuan adalah ujian. Yang baik, yang gembira, yang membahgiakan Itu ujian. Yang buruk, yang sedih, yang menyakitkan hati Itu juga namanya ujian. Datangnya mereka bukan saja-saja Datangnya bersebab datangnya membawa seribu rahmat dan pengajaran. Kerana Tuhan kita itu Maha Penyayang. Kerana Tuhan kita itu selalu ada bersama kita, Dan beruntunglah mereka yang bersyukur dan bersabar atas setiap ujian yang diberikan. Semoga kita semua bakalan lulus cemerlang Dalam ujian dunia ini sekejap sini Demi Akhirat yang selama-lamanya. Aamiin. 💖