Posts

Showing posts from 2022

Lagu mana

Dalam beribu lagu dan puisi Ada satu yang terasa dekat Yang terasa paling memahami Keadaan diri kita Yang waktu tu mungkin tengah bersedih Ataupun sedang memendam rasa Atau lagi sedang bahagia. Namun kita terkadang lupa Tiada satu pun lagu tu Yang tercipta disebabkan kita Dia ada wujud dan keberadaan dia Tak bersangkut langsung dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Kenapa kita mengaitkannya dengan hidup kita? Kenapa mah?

Makna bahagia

Makna bahagia itu beragam Ada yang bahagia sendiri Ada bahagia berdua Ada bahagia ketika berkumpul ramai Ada bahagia makan sedap Ada bahagia makan sihat Bahagia si A tak sama bahagia si B Mungkin serupa  Tapi tak mungkin setara takar ukurannya Takar ukur nikmat bahagia Itu Ada pada hati Hati yang mendefinisi rasa makna cukup Maka bahagialah dia Selagi hati kata tak cukup Maka kurang nikmat hidup bahagia Semua benda dibanding banding Semua benda ditimbang tara Semua benda dirasa belum puas Belum cukup Belum sempurna. Sampai bila? Sampai abg jamil mampus? Baru kau rasa puas dan bahagia?? Eh.. cukup2 lah. Cukup merasa cukup. Ada lagi teruk dari kau yang jauh lebih baik keadaannya. Bersyukurlah. Bukan semua benda kau nak ko boleh dapat. Kau ingat kau firaun? Hmmmphftghdjdhdidjhshshskls!! x

Lupa pernah ada

Satu detik Tak terlintas ada Rasa itu tumpul lama Tersimpan rapi Di balik selimut pasrah Menyerah Sebelum terserlah. Telah tertutup rapi Jangan cuba dicarik Apatah lagi dicari Kukira dia sudah jauh tertimbus Terbenam dan sukar ditemui lagi Rupanya, Sekaki mungkin lebih tinggi. Hmm. Sudah sudah. Sudah apa jadi lagi Kasihan kau Tak adil mungkin Zalim iya Tapi entahlah. Terlalu lama. Rasa itu pun sudah kau lupakan.

Mana Yang Asli

Image
Mana yang asli Rasa yang sekarang Atau rasa dulu Yang sudah jauh terbenam Di saat rasa kecewa Saat rasa dikhianati Saat rasa terbodohkan Oleh rasa yang hanya ilusi Semua rasa itu benar Benar pada saat rasa itu ada Muncul dan mekar Biarpun asal mewangi Lalu melayu dan mati. Mungkinkan ia bisa tumbuh Dan mekar mewangi Di halaman hati yang kering merekah Apa ada hujan yang menyubur Apa ada matahari menyinar Lubuk hati paling dalam Di tanah kering merekah?

Pertemuan

Manusia datang Manusia pergi Ujian datang silih berganti. Setiap pertemuan adalah ujian. Yang baik, yang gembira, yang membahgiakan Itu ujian. Yang buruk, yang sedih, yang menyakitkan hati Itu juga namanya ujian. Datangnya mereka bukan saja-saja Datangnya bersebab datangnya membawa seribu rahmat dan pengajaran. Kerana Tuhan kita itu Maha Penyayang. Kerana Tuhan kita itu selalu ada bersama kita,  Dan beruntunglah mereka yang bersyukur dan bersabar atas setiap ujian yang diberikan. Semoga kita semua bakalan lulus cemerlang Dalam ujian dunia ini sekejap sini Demi Akhirat yang selama-lamanya. Aamiin. 💖