[Tadabbur] Surah Al-Fatihah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Semua kurniaan Allah Ta'ala, dan semua bergantung penuh pada-Nya. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Mengajar kita cara memuji-Nya. Sentiasa ucapkan الْحَمْدُ لِلَّهِ untuk sekecil-kecil perkara. Sentiasa ingat Allah dengan memujinya. رَبِّ - Tauhid Rububiyyah yang membawa maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini. الْعَالَمِينَ - kata dasar عَلَم, bendera atau tanda. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Diulang lagi sekali, menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Walaupun berkuasa, Allah nak kita dekat dengan-Nya. Kita lagi nak dekat pada-Nya kerana sifat Maha Pemurah, Maha Penyayang. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Raja yang menguasai hari pembalasan. Di akhirat tiada yang dapat membantu melainkan-Nya. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ terje...