Posts

Showing posts from May, 2021

Minggu yang penat

Berderau darah Melihat semangat solidariti Melihat semangat melawan  Melihat semangat hidup yang tinggi demi mati yang pasti. Meremang tengkuk Melihat kebinasaan Melihat kebiadapan  Melihat penipuan dan fitnah dunia Jantung berdegup pantas Muka panas memerah Nafas mendadak naik Pantas kita berkalih pandangan Tak sanggup terus menerus melihat. Demi hati yang memarah, Kita cuba berpaling, Kerana terasa peritnya erti ketidakupayaan Mula tertanya Apa sumbangan kita cukup Demi perjuangan yang besar Terasa sangat kecil Terasa sangat tidak tidak bernilai Teringat kata saudara belasan tahun dulu Mereka (Al-Aqsa) tetap akan menang  Satu hari nanti Walau kita tak ambil port Walau kita buat tak tau Dan terus membuta mata, menuli telinga Tapi, apa kita nak jawab nanti... Khilafah itu bermula dari individu dan bait muslim yang kuat. Semoga kita semua terkumpul dalam jalan yang sama ni,InsyaAllah.