Posts

Showing posts from 2017

Takdir hidup

Takdir hidup kita.. Lain dan berseni. Ada yang lurus dan terang, Ada yang berliku lagi kelam. Usaha kita Takkan pernah menjamin takdir akhir kita. Tapi tanpa usaha Mungkin kita menempah takdir akhir yang kelam dan suram. Tidak dikira cukup sifat tawakal kita, Tanpa usaha dan doa Kerana Allah jualah yang berkuasa Ke atas setiap benda Tidak terkecuali yang ghaib Jangan pernah bongkak Kau berusaha dan berjaya Jangan pernah gah Kau tak berusaha dan berjaya Itu semua, Allah bagi izin.. Alhamdulillah 'ala kulli hal~~

Tak pernah kenal

Kita ni.. Jadi orang, takkan pernah berjaya. Untuk kenal orang lainnya dengan sepenuhnya. Kita ni... Diri sendiri pun belum tentu kenal. Kita ni.. Jadi orang, jangan nak gah. Kata kita dah kenal sekian-sekian orang lainnya. Biar dia tu laki kita, bini kita, anak kita hatta siapapun dia. Orang ni, berinteraksi mengikut situasi, mood dan orang yang diinteraksikan bersama. Kita ni.. Jadi orang jangan mimpilah. Kita dan orang lain tu, Jasadnya dah lain, Fikirannya pun dah lain. Rasanya lagilah lain. Apa yang buat kita dapat bersama bukanlah sebab kita cukup kenal dengan mereka. Tapi sebab kita mampu tolak ansur ketidakkenalan kita pada dia. Buruk, busuk, kejengkelan dan segala yang tak sedap dilihat.

Gemok, the saviour.

We do not resemble each other. You are flowing water, i'm flaming fire. Your thought, organized, I'm just a girl with no thought. I act on instinct, and hopefully everything will turn out ok.hahahah. I could be snapped with emotional compression. You, compressed and let it go. Dunno when you vent all those 'trash' out of your system. We both different yet we share the same thing. I know i could depend on you. Anytime, everyday. We might not seeing each other very often But  We will be us forever. Through thick and thin. I love you and your anak buyum, Gemok. Be strong! Hahahahahha.

Redha😊

Saat rahasia bukan lagi tersembunyi Saat rasa tidak lagi terkawal Saat hati mulai mengintai Lalu Hapus hilang semua Yang dihimpun Yang dikambus dan Yang dilingkup Menyusup rasa redha Mengharap itu termampu Bukan mustahil Tapi muktahir Ada satu antara dua Antara suka dan kecewa Dua rasa saling bertingkah Manapun ia Kau harus redha.

Bukan sendiri

Kita manusia Hidup bermasyarakat Adanya kita bukan sendiri Adanya kita bersama ahli Ada keluarga. Ada adik beradik. Kawan-kawan dan rakan sekerja. Komitmen kita pelbagai Ada remeh Ada penting Ada yang asal ada. Kita kena hormat masa dan kepentingan orang. Untuk orang hormat masa kita. Untuk orang setuju acara kita. Be gentleman, be humane. Thank you.

Rupa

Andai rupa jadi ukuran Aku mungkin tak perlu kau dekati Andai rupa batu pemberat Aku mungkin tak perlu kau timbang lagi Andai rupa jadi sandaran Bukan aku kau patut harapkan dari awal lagi Ha ha ha Rasa hina? Rasa rendah diri? Rasa kurang diamati? Hmmm... Tidak dinafikan Dari mata turun ke hati Mata pasti akan menatap pada rupa  Rupa itu muka Rupa itu tubuh badan Rupa itu penampilan Masyarakat Lumrah hidup Ada piawaian Andai kita tidak menepati salah satu unsur  Cantik Menarik dan Rupawan Jangan sesekali kita lupa diri Mengutuk diri Menyalahkan diri Sayangi diri Kerana diri ini bukan milik mereka Yang menilai dan mengkategori Ia adalah kita Kita milik Allah Cuba jaga Cuba sayang Cuba cinta Sayang diri, sayangi orang lain. We're different and we are unique. NFM 23 sept 2017 0250hrs

Adat hidup

Santun rasa letak pada budi Tunduk laku letak pada hati Indah budi laku dan pekerti Bawa ke sudah bawa ke mati Lalu ke pinggir Bongkak dan dengki Menepis mereka lalu pergi Mendatanglah cinta pada diri Untuk mereka yang disayangi Corak diri sukar dierti Itu tersalah ini memerli Sumbang laku adat menyepi Tersalah tuju terasa hati NFM, 19 sept 2017. 0044hrs. #adathidup #yangtuadisantuni #yangmudadisayangi #semogakekal

Emosi

Emosi manusia lain lain Lain orang Lain tahap emosinya Yang sabar Yang redha Yang diam Bukan mereka tiada perasaan Mungkin Mental dia lebih kuat Hati dia lebih kental Atau dia tidak lagi peduli 'Pergi mati' Ataupun cuma Memang itu dia Seperti itu hidupnya Yang melenting Memaki  Meradang Dan meraung Bukan mereka tidak berakal Cuma mungkin  Sudah cukup bertahan Sudah cukup berasa hati Sudah cukup disakiti Ataupun cuma Itu adalah memang dirinya Yang kurang sabar Kurang fikir Kurang peduli Maka manusia ini Perlu komunikasi Jangan pendam Harap orang lain mampu faham Jangan meredah Harap orang lain akan faham -cuba luah, cuba rasa, cuba hidup -kita saling memerlukan

Hilang

Hilang. Tiada dipandang. Tiada dirasa. Tapi berbekas di hati. Hati kita punya cuma satu. Tidak kita tahu Bila hati mahu memunya. Bila hati mula memunya, Dia mula rasa hilang. Bila tidak lagi mampu dipandang Dipegang Dan dirasa. Manusia Makhluk terajaib dunia. Punya hati namun bukan miliknya. Allah jadikan manusia sebagai makhluk beradaptasi. Menyesuaikan diri sesuai keadaan diri. Hati itu Allah yang punya Hati dia dan hati kita semua. Tiada satu di dunia ni punya kita. Punya Allah jualah milik segalanya. Kehilangan paling terkesan Hilangnya abang Hilangnya kakak Hilangnya abah. Mereka hilang sebentar, Moga Allah bagi izin jumpa lagi.

Definitely, maybe

This is a title of a movie. Subjek utama dia - perihal pertemuan, pilihan, dan jodoh. Manusia bertemu dan berpisah. Itu lumrah. Manusia tersuka dan terminat. Bukan pilihan, itu tarikan. Kerana tarikan, kita berani untuk mula buat pilihan. Bila pilihan kita sudah ada pilihan dia sendiri, aduh..nasiblah badan. Itu tajuknya "tiada jodoh antara kita". Pada saat itu, ketika itu. Tapi bukan selamanya. Kita berjalan dan hidup seperti biasa. Tiba-tiba, setelah lama tidak bertemu... kita bertemu dan bersapa kembali. Atas dasar tarikan yang sama dulu, kita tersuka dan terminat. Lalu, kita cuba untuk membuat pilihan sekali lagi padanya. Atas dasar rasa takut ditolak mentah, kita tunggu dan tunggu. Kita tunggu lagi. Tunggu lagi. Dan lagi. Kerana sendiri, kita tidak akan berani untuk mula membuat pilihan itu lagi. Lalu kita tunggu dan tunggu. Sampai satu masa kita tak mampu tunggu lagi, lalu kita cuba sekali lagi. Nah... waktu ini, s...

Nikmat hidup

Aku percaya. Allah pilih aku untuk hidup. Allah pilih cara, untuk aku hidup. Allah bina jalan, untuk aku hidup. Allah tahu aku mampu hidup. Allah tahu aku perlu ditolong untuk hidup. Allah tahu berapa banyak aku boleh tahan. Banyak mana boleh buat aku tersungkur. Dan semampu mana boleh aku berdiri lagi. Allah itu adil. Allah itu pencipta aku. Mana mungkin Allah tinggalkan aku. Mana mungkin Allah biarkan aku. Mana mungkin Allah tidak tolong aku. Segala bentuk rupa hidup aku kini Allah dah susun cantik untuk diri bernama aku. Allahu.. maafkan aku. Tamak aku untuk merasa lebih. Tamak aku untuk tidak berada dalam jalan hidup ini. Tamak aku untuk berlari dan pergi. Manusia. Tamak. Dengki. Sangka buruk.

Jangan mengata

Kata dan tindakan Hasil rasa hati dan fikiran Dangkal rasa Pendek akal Terbit bentuk laku yang pincang. Benar orang-orang kata Jangan bicara bila amarah Jangan mengata bila hanya mendengar Mata, akal, rasa Perlu dibiar buka Perlu dibiar menilai Panjang pendeknya àkal sang bicara. Tak kira siapa kita Yang mendengar Mahupun bicara Ingat, buka mata.. buka rasa Jangan sampai binasa.

Love Yourself😘

Orang kata... ni orang la kata ... "You have to love yourself first, before starts loving others" Why? It is simply because you worth it! *loreal* You worth a lot more than you ever think. Never underestimate your appearance, capability and values. You are unique on your own. You live in your own pace, with your own flow and your own you. Here are 5 incredible thing about me that you never expected me to say out loud by myself..hehe. ni bukan narsisis tapi cuma optimis. Kihkih. #1: I'm good in making chicken soup. Pehhh, feveret. #2: I could figure out how to be handy in some house chores, something like fitting the water hose for washing machines, assembled furnitures by DIY stores, replace water filter (yang cikai bkn coway), change light bulb, replace empty gas, gitu... boleh la nak hidup sendiri. #3: I love air freshener. I love nature and loving to be in it. Could spend hours by seashore, on the hills and up in the jungle if given the ...

Nearing 30's

Nearing 30's. I concluded that I have no luck when it comes to a love life. I'm not being choosy.. yet not 'too easy' in finding a man. It is the eyes that observe and the heart that decides how attractive a man could be. "Cinta...tak dapat diduga, cinta... hanya dapat dirasa, senada dalam cinta" I might find a man is attractive by the way he carries himself, his smile or the scent. Still, i could not find the one that resonate with my heart that vibrates. He's either extinct or may be, our path is not yet crossing. It is quite frustrating, to open your heart and bare your feeling to someone new and strange in your life just to find out that he is not ready to dance along. How venurable we could be, by exposing our sacred feeling to the one that feels he had abundance choices lay upon his eyes and feels no guilt to play with our emotion. I've open my heart once.. as wide as it could be, just to find out that he already got...

Memori

Contrails, wany hasrita and purplish sky. We filled our life with memories. Each seconds, memories were created. It becomes memories when we decided to make it one. Memories depends on color, smells, sound and the feeling felt at the moment. We had to be present at the moment for it to be crafted as memories. Macam deodorant rexona colour hijau, reminds me of my matriculation years. Contrails, wany hasrita and purplish sky reminds me of someone..😊 So long.. you will always be remembered.  I have to keep on moving, i wish not to wait and see.  You had to let me go..come on😤😤

Gain and loss

Life is short.  10 years is only a 'sejengkal' away. At a blink of eyes, you may reach half your destination. Life is short. In 10 years time, many things had happen. The lost and the gain. For the past 10 years (2007-2017) 1. Miraculously I got into IIUM, studied Engineering (never dream of, i dream of culinary..kehkeh). 2. Got PTPTN, attempted for JPA sponsorship (lost it).. haha 3. Got help from my sister for supporting my studies fees etc for the 1st year. 4. Loss hope. Try Petronas scholarship. 5. Go to the interview with no hopes but tawakal to Allah... no savings, PTPTN pun xdapat banyak. 6. ALHAMDULILLAH.. eventho i got stomachache and 'berak dulu' before answering the test.. Allah gave me the opportunity to get the scholarship. 7. 2011, graduate with quite ok result. ALHAMDULILLAH... wlaupun bkn pangkat 1 bintang. 8. On 1 April 2012,  I (we) loss my sister. 9. I (we) got faiz instead. 10. May 2017, I got called for interview ...

Bila hati bukan milik jasad

Hati dan jasad. Hati rasa jasad merasa. Hati terusik, jasad terkuit. Hati merindu, jasad menyayang. Walau hati bersatu pada jasad Tapi hati bukan miliknya Hati hakikatnya ada Namun, nalurinya terletak pada yang Esa Pemilik hati itu bukan jasad Walau rasa seperti boleh dibeli Diuji Dibelai Dan diuliti Tiada apa yang mampu memaksa Memujuk  Merayu Dan merintih Hati itu untuk terbuka Demi hati ini yang mulai menyuka ...Kecuali Allah jualah yang punya acara. Andai hati mulai menyuka Jangan biar terusan terbuka pada yang disuka Tapi Terusan buka pada pemilik-Nya Moga Allah yang Maha mendengar, menyusun jejak hati yang mulai lari. Terus masuk kepada yang hak berdiri. NFM. 13may2017 1055pm.

Rasa hati

Ada rasa perlu dinikmati Ada rasa perlu diagungi Ada rasa perlu disembunyi Kata rasa mana yang perlu diutama Yang perlu dikata Dan perlu dihalusi Ilmu  Alami Halusi Susah. Memang payah. Memang sulit. Sulit untuk merasa lebih dalam Memahami lebih jauh Merasai lebih halus. Mungkin rasa itu rasa tipu Yang perlu engkau tangkis Tapis dan kikis. Mungkin rasa itu hadir Buat kau terbuai Merasa lebih indah Merasa untuk lebih menghalusi. Bukan untuk kini, mungkin untuk nanti...

Soal hati

Soal pada hati Apa rasa diri Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati senyap Hati memati dan lenyap Hati senyap Hati tidak lagi bersayap Untuk terbang dan merayap Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati tetap senyap dan memati Hati mati untuk menikmati Bukan kerana diri Tapi kerana pernah disakiti Soal lagi pada hati Hati berkata lagi Mungkin nanti, bukan kini. Hati itu Allah yang pegang Semoga hati kita tidak mati Semoga hati kita diberi peluang untuk menikmati Sebelum kita benar-benar mati. NFM, march 2017.

Abah

Abah Air mata itu kini tidak lagi boleh mengalir. Air mata itu aku sendiri saksinya. Air mata itu bukti kasih abah. Abah walau telah pergi Nilai dirinya semoga kekal subur Dalam diri aku yang degil Dalam diri aku yang kasar Dalam diri aku yang tampil kuat. Degil dan kasar aku muncul Sekadar penutup hati yang keciwa Sedih Putus asa Dan sakit hati. Dulu adanya abah Mampu menyejuk hati yang marah Mampu menunduk hati yang angkuh Mampu memandu hati yang sesat Bait katanya ringkas Bait nasihatnya tepat Bait tegurannya padu Bait tawanya menenangkan Mana mungkin aku jumpa abah di hayat ini Mana mungkin ada abah aku sapa lagi Mana mungkin ada abah untuk nasihati  Mana mungkin ada orang faham abah aku lagi Abah telah pergi Yang tinggal  Jangan pernah lupa pada abah Jangan pernah lupa nasihat abah Jangan pernah lupa apa kau dah buat pada abah Yang dulu kalau sesali mungkin abah pun sudah lupai Andai kini kau...

Sebelum mati.

Ada satu detik dalam hidup kau.. Kau rasa malas untuk merasa. Kau rasa rimas untuk peduli. Kau rasa lemas untuk menangis. Sudahnya, Kau berdiri dan termenung. Fikir dan fikir lagi. Apa lagi kau boleh buat. Apa lagi kau boleh ubah. Apa lagi kau boleh katakan. Sudahnya, Kau berdiri lalu mati. Mati akal. Mati cara. Mati hati. Lalu Kau sedar Hati itu milik Allah. Allah jualah yang bisa membolak balikkan hati kita. Semoga kita sempat sebelum terlalu lewat. Semoga kita sampai. Sampai sebelum kita 'mati' lalu salah satu dari kita mati.

Perihal manusia

Manusia ini satu antara dua Yang punya otak atau yang punya rasa. Seringkali, Yang punya rasa itu terlihat lebih bijak dari yang punya otak. Lebih bijak untuk menghargai Lebih bijak untuk menyantuni Lebih bijak untuk memahami. Makanya, Biar kurang otak, tapi biar tuntas untuk merasa. Kerana hati itu tempat rasa. Kerana hati itu mata arah diri. Kerana hati itu kunci untuk memandiri. Kalau hati sudah mati, Otak itu boleh buang ke tepi. Boleh pergi mati. Sekian. Nfm, 5thmarch17.

Antara cinta dan jodoh

Antara cinta dan jodoh Ada satu batas Namanya pilihan. Antara cinta dan jodoh Ada satu ruang Namanya perancangan Antara batas dan ruang ini Ada satu ketentuan Namanya takdir Dalam pilihan, ada rasa dan suka Dalam perancangan, ada masa dan acara Dalam takdir itu pula, tiada kuasa dan daya pada kita Andai takdir tidak dipayungi dengan batas dan ruang, mana mungkin ada jodoh antara kita.. Nfm, march 2017.