"Satu tarikh paling tidak mahu aku lalui lagi. Memori yang ada, mahu aku hilangkan. Mahu aku padamkan. Mahu aku lenyapkan, selamanya" Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Petikan di atas, pernah aku nukilkan. Mengharapkan agar perasaan pedih kehilangan itu tidak lagi aku rasakan. Sungguh. Mungkin Tuhan juga tahu. Aku bukanlah kebal. Untuk menghadap satu persatu ujian dari-Nya. Namun, tetap rasa kesal itu menebal dalam hati. Semakin hari semakin menebal. Terasa tebal sehingga membeban. Satu yang aku kesalkan. Satu saat itu. Saat menatap wajah ayahanda ku buat terakhir kali. Saat itu tidak akan pernah aku rasai sampai aku mati. Kerana berada jauh di pantai timur, aku kesal. Aku kesal, kerana tidak berupaya untuk tiba sebelum waktunya. Sampai ke saat ini, aku tidak pernah mimpi tentang dia. Perginya dia, seperti pergi bercuti. Cuti yang panjang, entah bila berjumpa lagi. Terasa kosong. Jiwa ini rasa kosong. Setahun lebih tanpany...
Posts
Showing posts from July, 2015