Saturday, December 31, 2011

James Franco in salt!




Muka beliau seperti James Franco. Makanya..



helpless, hopeless..please!




When you are alone, feeling frustrated and hopeless..
With no one to turn to,
While nothing can be change,
And while everyone seems to be no more help for you..

Remember and have a faith,
There is still 'someone' that you can hang into,
He is the one, and only.
He is always by your side..
No matter what deeds you did or did not
He is there for you.

"Ya Allah, tetapkanlah aku di jalan-Mu dengan iman dan takwa dalam menempuh kehidupan di dunia-Mu ini"
Amin.


Thursday, December 29, 2011

Kuhijrahkan doa

ok.
da lama tak tengok cerita melayu kt tv.
ok.tipu. selalu jugak la tengok. itu pun kalau aku melepak kat rumah gemoks.
tapi, semalam punya cerita..super sedey.
ok. tipu lagi. taklah super, tapi komfem sedey.

"KUHIJRAHKAN DOA"
sharul,si abang yang berjaya kaya,
dan kamarul, si adik yang tak kaya harta..namun kaya budi dan bahasanya.
si abang percaya, doanya yang tidak putus memohon itu dan ini dari Allah Ta'ala, menjadi kunci kejayaan kekayaannya masa kini.
si abang percaya, adiknya kurang berjaya kaya kerana adiknya itu kurang usaha daya dan doa'nya.

abangnya menilai kejayaan itu dari sudut kekayaan.
lalu dia sedih.
kerana:
i) adiknya itu hanya tinggal di rumah pusaka arwah ibubapa mereka,
ii) hanya mengerjakan sawah dan kebun di kampung.
mengikut abangnya, adiknya itu seperti tidak mahu berubah..berubah menjadi kaya.

oh.sedey. rupa-rupanya, adiknya itu semasa kemalangan yang membunuh ibubapa mereka turut tercedera dalam nahas terbabit. itu antara punca kamarul sukar belajar kerana sukar mengingati. namun, satu yang pasti dia ingat. Untuk membaca sekeping nota, setiap kali berdoa.
Dan, doa itu adalah untuk abangnya. Mungkin, keikhlasan doa kamarul menyumbang kepada kemakbulan doa-doa abangnya lalu menjurus kepada keberjayakayaan Shahrul.

oh.sedey.Shahrul nangis sungguh-sungguh bila dia tau hakikat itu setelah Kamarul meninggal.

"kalau abang marah, mesti abang singgah kedai mak mah beli kuey tiaw kan? abang belikan ye..adik teringin nak makan kuey tiaw mak mah"

-dialog diatas: tipikal drama melayu-
ok.sekarang saya layan "TENTANG DHIA" juga.

Monday, December 12, 2011

1 2 3.. and it's counting on and on and on.

1 2 3
berdua belum lagikan bertiga.
yang ber'satu' ini pun susah
inikan berdua lagi bertiga.

susah untuk memahami ketika ber'satu'
susah untuk memahamkan yang dua dan tiga nanti

susah itu kata sifat
sifat itu boleh berubah
moga yang susah itu
akan senang kelak

yang kelak itu masa
masa itu di luar batas ketahuan
yang tahu itu Satu
Hanya Allah yang tahu

Insya Allah, kelak itu akan menghampiri.
"Ya, Allah...permudahkanlah perjalanan hidup kami. Tetapkan kesabaran dan keikhlasan dalam sanubari kami. Hindarkan yang buruk, dekatkan yang baik lagi memberkati keatas kami"

Wednesday, December 7, 2011

Monday, December 5, 2011

Living in wonderland.


Every single creation of the world is indeed interesting.
Subhanallah..

Every single little thing graps the spirit of curiosity and understanding.
Wondering and pondering..
I keep on wondering and, still I am.

We already been familiarized with Alice.
Alice in wonderland.
But, it is our world is indeed the wonderland.
A place for all wonder to be pondered and learnt.

The knowledge and lesson learnt will never be enough for all wonders to be satisfied.
Truly,
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar.. =)

[new love: Aku yang asing]


video

"aku yang asing"


video
"kotak hati"
-hujan-

Monday, November 28, 2011

[MORE: Law Abiding Citizen]



Usai solat subuh, mari menulis review filem[MORE:movie review] yang ditonton lewat pagi tadi.
LAW ABIDING CITIZEN.

"It's imperfect system."
"..and we (the lawyers,judges and all related person) are its imperfect servants"
"Some justice is better than no justice at all"

There won't be any justice as far as the law is made by the human being. It is indeed an imperfect system. It can be manipulated and it's all about evidence and not what is right and what is wrong. It's what can be proved in court.
takut, kan?

Clyde's family (wife and a daughter) was murdered by Darbys. Darbys and Ames were initially got into Clyde's house to rob, but then Darby got 'excited'. Clyde survived that night and want justice. The justice system was not on his side as Darbys was released from a death sentence and only Ames got it after Nick, Clyde's attorney made a deal. Now, it's time Clyde to seek for a great revenge.

Clyde was an engineer. He was very tactical and thorough kind of man. He made a neat and sophisticated plan to revenge. He killed every single person that involved in the case directly and indirectly:
1. He killed Ames and Darby.
2. Darby's attorney.
3. His cellmate.
4. Judge Birch. The judge that kind of corrupted and hanya 'mengenyangkan perut' sendiri.
5. pretty much everyone else, specifically people of the law.

He got angry towards the system as justice is not the matter of subject here, in the world. Or.. at least in his world.

Sunday, November 27, 2011

Hj. Hasbullah Awang dan sukan.

sedari kecil.
kini semakin dewasa.
hasbullah awang dan sukan tv1, umpama darah dan daging.

pucatlah daging, tanpa adanya darah.
suramlah sukan tv1, tanpa hasbullah awang (HA).

bahrain vs malaysia.
3-2. walau keciwa, saya puas.
saya manusia mudah puas, barangkali.haha.

ulasan hasbullah awang yang melekat di telinga:
1."...sed...dikit offside". seddikit itu adalah trademark rasmi HA.
2."...satu tunjalan". kata nama bagi kata kerja 'TUNJAL'.
2. " ..bola punting..". bila Bahrain mendapat gol pertamanya.
3."Ahh...! sayang sekali". Saat kita terpintas 3-2.

ok.saya sayang kamu juga, hj Hasbullah Awang. Syabas MALAYSIA!!

Tuesday, November 22, 2011

Mode menerima.

You had done all, every possible thing; just to make it happens.
but the expected things to happen, is indeed not happening as you expected.

You feel at loss.
feeling lost in a bunch of effort that you gave in.
you gave in everything, hoping for that everything you gave in will give out.

You feel frustrated.
You get angry at yourself.
at last, you get angry at everyone else.
that every one else, could be you loved one.your family.your friend.your husband and wife.

You could just accept it, as what it is.
free yourself, free others.
feel free to be free.

Accept things that could no longer be changed and altered.

Sunday, November 20, 2011

[Ini kisah aku: kisah orang Bujang vol:1]




Spageti satu!!

agak-agak..kedai makan mana kat Malaysia ni yang kita semua boleh 'order' spageti, dapat satu mangkuk besar?? tade..tade kan?
haha, kalo nak makan spageti mangkuk besar boleh 'order' kat mana-mana orang bujang yang kelaparan serta kemalasan.


ini kerana:

1. spageti adalah makanan ter'kacang' dunia.
2.bahan-bahan spageti, agak mahal la jugak kalau nak makan hari-hari.
3. isu kemalasan hidup seorang bujang, tidak perlu dipersoalkan lagi. sebenarnya, bukan malas. cuma mahu menjadi seorang yang mudah (simple). breakfast, lunch, dinner... digabung-aduk menjadi brunchner. ok, ni perkataan dapat dari fatin alea, kawan saya.
4. kalo order dengan orang bujang yang simple ini, makanya anda akan dapat semangkuk besar spageti. senang. pinggan mangkuk nak kena cuci pun kurang, kan?


ok.orang bujang yang kelaparan dan kemalasan itu adalah saya.
yang tukang order itu pulak adalah gendut, si tuan rumah tempat saya berteduh.haha.

resipi spageti mangkuk besar:

1. 1/2 paket spageti kering apa-apa jenama.
2. prego mushroom tin kecik.
3. 1/2 paket daging kisar ramly. 4. lobak.
5. brokoli.
6. daun selom untuk hiasan.
7. cili kering untuk pedas dan untuk hiasan.
8. serbuk lada hitam.
9. herba2 kering lain yang berpatutan.


ok. esoknya, kami makan spageti goreng plak. masih di atas meja abc, menghadap tv yang sama.simple dan kenyang.

Friday, October 28, 2011

Subject to be learned and pondered

Last night would be the eye opener.
..would be the beginning of something new.

Lesson of the day:
Do not judge people ONLY by the appearance and the image potrayed.
Past is what makes a man.
History is present as if nothing is learned from it.
History will make its comeback, that's for sure.

And oh! I am kinda ignorant here duh.. tsk.tsk.

Tuesday, October 25, 2011

Si Kaya yang Kesakitan.


Dr. hank is H.O.T!
"hot" not in terms of the look and built,okkeh.
haha, he is nice and please to the eye though.

Dr. Hank in Royal Pains.
He stands firm in his thought and principle.
He is smart and unorthodox.
He knows his field well, he knows his patient better.
He is a doctor
in Hamptons. Well, I guest it is an elite place only for the wealthy people to live in, in which wealthy means billionaire or something.

He was an emergency room doctor,and fired for saving 'some kid off the street' over a billionaire trustee.
..that's hot too..

Now, I am moving on with the series. Oh, I wish I had the 1st season of Royal Pains!


Sunday, October 23, 2011

Ini Baru Besi!!


REAL STEEL=BESI SEBENAR??

haha, tatau apa translation yang sebenarnya bagi perkataan inggeris di atas. Ops, saya punya matapelajaran BI masa sekolah menengah dulu tidaklah mampu untuk dibanggakan.sekian.

Hah, amik kau! Hugh Jackman sebagai taruhan. Hebat tak hebat? Xmen tuh...~Tapi, boleh dikatakan yang sebenarnya, Dakota Goyo, si budak kecik tu la heronya.haha, comel!

[SYPNOSIS]
This Sci-fi movie is about Charlie Kenton, an ex-boxer who gave up his career when robots start to take over the ring.Robot boxing is considered as a sport in the year of 2020++.
No more mercy, just victory. Fight till the last. Fight till the end!

Charlie Kenton, moves from one underground robot boxing to the other.. just for a living. 50K seems like 50ringgit. He bought Noisy Boy, hoping for a victory.

Where did he get the money?
He 'negotiated' with his son's uncle for releasing his right of custody of the boy. oh! that boy is Max, a son of Charlie and his girlfriend who died recently. Charlie has no attention to take care of his son. In fact, his robot boxing is more important than anything else in the world.

After meeting his son, apparently they have something in common. ROBOT! Things start to work for Charlie when his son found Atom in a scrapyard of robots. Atom, was a sparring robot for robot boxing which was built in 2014...haha, that's roughly 2 year from now!... is considered not qualified for a robot boxing. Charlie has no faith in Atom, but Max does.

With a solid faith, a simple coding done by Max, Atom won its first match. With no fancy exterior, a dull color casing.. Atom fight, and still, it's winning. Max then installed a boxing training module in Atom, taught by Charlie himself for preparing Atom to the real deal.

Just then, Atom rises as a star in robot boxing arena!

Atom faces the last contender, The Zeus. [Zeus. hebat no le kononnye tuh]. After a long fight, the match ended with a victory for The Zeus. Somehow, Atom is the people's winner.



[clockwise from the 1st line]

1. Noisy Boy
2. Twin Cities
3. The Zeus
4. Midas
5. ATOM

"Fight for what you believe in, fight for your loved one... FIGHTING!"

Saturday, October 15, 2011

Al-fatihah

Al-fatihah.

Beliau bukan teman rapatku. Beliau bukan rakan sekuliahku.
Namun, beliau adalah saudaraku.
Walau tidak sebapa, juga seibu. Beliau saudara seagamaku.
Perkenalan yang tidak pernah menjadi rasmi, namun terasa rapat di hati.

Lewat malam, menghampiri jam 2. Aku terima perkhabaran sedih.
Seorang senior di tempat belajarku kini, telah meninggal dunia.
Nurdiyana Nordin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Friday, October 14, 2011

abah.

Mak dan Abah. Raya 2009. Mak tengah kurus masa ni.
Abah tengah gemok masa ni.


Dah dekat sebulan, tak jumpa abah.
Haha.tak sempat-sempat nak balik rumah.
Ada saja program hujung minggunya.

Tu lah abah. Tak nak ikut mak naik KL. Noreh la bagai. Saja la tuh, alasan..haha. Tak payah noreh-noreh da. Cukupkan saja duit pencen yang ada. Alahai, penatlah noreh. Duk lepak goyang kaki je la kat rumah tuh!

Semalam, abah datang juga akhirnya dengan mak. Teman -derive-kan mak jumpa orang dekat-dekat sini. [tp,takde la dekat mana pun, 45minit jugak!]

Semalam, abah demam. Alahai, siannya.. Abah nampak kurus je.
Penat ye bah? Sorry la bah, semalam makan lauk sardin jep. Tapi, sedap kan? haha, Gemok yang masak.

Minggu depan, kitorang balik ye bah!
Mak, sila duduk diam-diam je kat rumah ea..kitorg nak balik~ =p

Abah dan saya. Saya masih jugak gemok masa ni. Haish, stress!

Oh! harini, saya juga terasa seperti mahu demam lah. Dah minum air recharge td. ehem, iklan la pulak.adoyai~

Monday, October 10, 2011

Treasure your Treasures.

3 days and 2 nights at Teluk Nipah, Pangkor Island...
left me with a lot of memories to be enjoyed and cherished.
Even when we spent the weekend on a low budget vacation package (self-package), still it is satisfactory and pleasantly worth it.

Unfortunately,
The pleasant and joyful vacation was somewhat been tarnished by litter along the beach,
at the jetty,
as well as floating in the sea.

oh, people. please. DO NOT LITTER.
For the beach community (people of Teluk Nipah) and authority:

"Where is your garbage bin? No where to be found on the beach, lorh!"

Treasure your nature. It is, indeed, your treasures after all.



(plastic bag on the stairs)

-selepas air pasang-
( all kind of waste on the beach).

Friday, October 7, 2011

Lambaian Pantai...~

I had a great time, last weekend.
Lepaking, gossiping, photographing with fellow friends at PANGKOR ISLAND!!!Linkwith... suzai, wani, salmi and not to forget the one and only Angry Bird (cik Pika).haha,no offense yep miss syafiqah~

I'm in love with this picture. It is brightly and charmingly calming my heart as I make it into my desktop's background. cheewah..~

photo credited to suzai, the camera'woman'.

The five of us, memories of Pangkor would always be remembered and cherished!
Credit to the handsome-married-man-who-captured-the-moment with the camera of wani's brother.

Adios to PANGKOR, hello to KRABI ISLAND!!hahahahah~
Mr. Husband-to-be, please be noted yep. [wink.wink~] =p


Tuesday, October 4, 2011

"tanya sama pokok.."

lagu ni suda agak lama berkedengaran sana-sini.
hampir berlapuk di telinga pendengar radio tegar.

namun,
aku bukanlah pendengar tegar yang satu itu.
terkadang terdengar, agak tertegar jugalah jadinya.
makanya, lagu 'pokok' ini terus menerus melewati aku.

Hazama dan Meet Uncle Hussein
, pelontar lagu dan melodi si 'pokok'.
encik hazama, sila sign kontrak dengan MUH yep..jd vokalist diorang je la pasni. sesuwei~


video

Sunday, September 25, 2011

kawen??

ha.. ambo idok le uda mau menikah sebulan dua lagi.
tapi, bak kata org preparation itu penting.

sijil kawen, syarat jep.. untuk menikah.
walau sebenarnya, sang suami itu belum juga muncul-muncul.
haha, alang2 dpt student price kat UIA aku yang tercinta ini..baik la dimanfaatkan dengan sebaiknya~

soal jodoh itu, saya percaya pada ketentuan Tuhan.
Moga dipertemukan yang beriman dan beramal soleh.
[harap aku juga begitu]

selamat bertemu, wahai sang suami~

Tuesday, September 13, 2011

Stop This Train!


video


John Mayer cover by Cameron Mitchell. here.




video


John Mayer, "stop this train" LIVE in LA. here

Monday, September 12, 2011

Sound of a fresh face, give out a fresher feeling..

"your song" covered by cameron mitchell..~




video

Cameron Mitchell on The Glee Project here

Thursday, September 8, 2011

oh.tersepit.

cik Buras, masuk rumah..dia terus menggila.
Ke sana ke sini, melompat dan menggigit.
Selepas tangan kakiku dikekah..oh,hati terus terbakar.
Buras mahu diburu.
Ke hulu, ke hilir. Dari dapur bawak ke tengah rumah.
Buras hilang, entah ke mana.
penat mencari, badan terebah di permaidani rumah. tertoleh ke kanan.

hoh! Apa tuh??


Gotcha! tiba-tiba teringat eskrem Gotcha yang aku suka makan dulu.


Adakah Cik Buras mengatur strategi untuk serang hendap ke atas aku, sekali lagi? oh, atau cuma taktiknya mahu melepaskan diri dari menjadi buruan aku? ceh...!


Aksi mengumpan dimulai. Yes, mengena! Cik Buras mulai keluar dari persembunyian.


Cik Buras bukan keturunan mengalah. Tetap melawan, walau umpanan hampir keseluruhan mengena. Sikit jelagi, haish!


Setelah beberapa minit berjuang,Cik Buras mula menunjuk tanda give up! Ngahahaha...~



I'm gonna miss you, Buras busuk! xoxo

Friday, August 26, 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN





ketika cinta bertasbih.
filemnya asik.tak lari dari novel.
berdurasi kurang dari 3jam mungkin, kekusutan plot cerita dikompres menjadi olahan yang agak bagus.


kerana reputasi filemnya, maka 'ketika cinta bertasbih 2' mulai menyusul.
kini bukan lagi dalam bentuk layar perak, namun diolah menjadi drama bersiri.
bila bicara soal drama bersiri indonesia, ya, sudah pastilah berjela-jela panjangnya. adoiiii!!!
dalam simpanan, keseluruhan episod mencapai 56. tak ke banyak tuh??


Banyak yang mungkin bisa diambil iktibar dan pengajaran.
Namun, siri ini juga sudah membuat aku muak dengan watak utamanya. sori deh,ini cuma pendapat aku sebagai salah satu penontonnya.


Ana.bukan saya.Tapi Ana Althafunnisa'.
Persoalan utama: Ana yang telah menikahi Abdullah Khairul Azzam, kini berusaha sama untuk menimang cahaya mata. Usaha demi usaha diusahakan, namun hasilnya masih tidak kunjung tiba.klimaks penceritaan, Ana mencadangkan Qanita untuk menikahi Azzam setelah Kiai Lutfi, bapanya Ana mendesak untuk mereka memperoleh zuriat.


Mantap.sudah mantap.itu kata Ana tentang keputusannya membenarkan Azzam menikahi Qanita. Azzam dan Qanita keberatan, Berkali-kali mereka mempersoal keputusan Ana.
Mantap.
Sudah Mantap.
Ya,suuudah!


Walau beribu tohmahan terpaksa diterima Azzam dan Qanita, tetap persiapan dimulai dari kedua pihak. Orang tua Qanita juga sungguh-sungguh bersiap. Beratus-ratus jemputan dihulur. Nah! Satu hari Ana hamil! satu-satunya sebab utama Azzam mahu dinikahi dengan Qanita telah gugur.Maka rancangan pernikahan mereka harus dibatalkan.Azzam perlu diganti seorang pemuda lain.
Pilihan Azzam Pak lik Mujab: Furqan (bekas suami Ana, bekas tunangan Husna)
Pilihan Qanita: Illyas (pilihan Husna iaitu adik Azzam. Illyas juga pilihan Husna)


oh.Mantap la sangattt! dulu masa buat keputusan membenarkan Azzam menikahi Qanitah, ndak dipikir ke kemungkinan kehamilan itu bisa terjadi? lalu apa yang mungkin dilakukan kelak? huish, nasib baik lah Qanitah dan keluarganya itu dari keluarga yang baik-baik dan sabar. Kalau tak? em, nasib jugak lah Azzam tu jugak bukan jenis orang yang lupa janji dan bertindak berlepas tangan. oh, Ana la puncanya. Sudah diberi pilihan oleh Azzam sendiri untuk menolak atau membenarkan poligami itu. Patut ditimbang buruk baik kesannya, kerana ini bukan soal dirimu sendiri malah melibatkan individu-individu lain. ohhh..terbako! Sori teremosi di bulan puasa. Astaghfirullah!


Punca utama kemuakkan menonton siri ini adalah:

ketidakkreatifan sang penulis skrip yang kurang bijak mengolah jalan cerita agar tidak menjadi muak di mata penonton. Mana tak muak? sesuatu gosip/perkhabaran itu hampir diucapkan oleh setiap watak. Makanya, persoalan utama itu terulang berkali-kali dan berkali-kali. Selain itu, permasalahan yang dialami watak2 dalam siri ini terlalu terbelit. Nasib ler aku skip-skip.duhhh~

Perakhiran cerita:
Azzam tidak jadi berpoligami. Qanita dinikahkan dengan Furqan, Husna dilamar kembali oleh Illyas. oh. kalau diikut aku sebagai penulisnya, biar saja Azzam bernikah dengan Qanita. Baru boleh sambung siri tu sampai jadi 200 episod!! hahah~


Moral of the story:
Jodoh itu adalah rahsia Tuhan buat hamba-Nya.

Monday, August 22, 2011

sendirian.

hari ini aku sendirian.
bukan menyendiri cuma mahu sendiri.
bersendirian di perpustakaan universitiku sendiri.
ditemani, haba panas laptopku.. buat penghilang kedinginan penghawa dingin.

hari ini terasa sejuk sekali.
pustaka ilmu ini, juga lapang sekali.
dinginnya amat menusuk kaki..
namun berusaha menumpang haba yang terhasil dari laptopku.

esok, kepulangan semula si gadis desa ke kampung halaman.
mahu menyelesaikan 'checklist'nya yang tergendala saban hari.
keberadaannya di sini juga bukan percuma, mencari bahan buat kuliahnya. tgk contoh repot eit..ddang!

hari semakin beranjak petang, mari membaca, ayuh!
jangan disia waktumu di sini..~

Wednesday, August 17, 2011

plan.do.check.act

ha.cheklist da lama ada da. plan? checked!
tapi, sampai la ni tak gerak-gerak lagi.. ape cite?

checklist:
1. Almond London
2. Cornflakes madu
3. Mazola
4. kuih siput/popiah goreng
5. Cranberries and pistachios shortbread.

hu...camne mau gerak? bala tenteranya tiada. laksamana tanpa bala tentera, maka tempanglah kepimpinan! haha, walau keseorangan..akan kugagahkan juga seperti laksamana sunan~
[demam Ramli Awang Murshid belum hilang lagi]

Monday, August 15, 2011

Mikhail. Konklusi?

Mikhail bukan sekadar nama.
Mikhail bukan seperti Lee Yoon Sung, the city hunter.
Mikhail seperti IRIS dan mungkin juga Athena.

Mikhail, berdiri di atas nama sebuah kesatuan. Punya matlamat yang satu, menguasai dunia dengan apa cara sekalipun.


"Mengawal ekonomi dunia meliputi saham, harga minyak, pertukaran wang asing,
mencetuskan peperangan menerusi kepimpinan Presiden AS, mencalonkan
pemimpin-pemimpin pilihan mereka di negara membangun."
Mikhail atau nama sebenarnya Mahmud Fadzil, diperdaya Dickens yang merupakan ketua perancang kesatuan bagi negara-negara Asia. Dikenali sebagai Mikhail 496 di kalangan kesatuan, ditugaskan untuk menghapuskan ahli-ahli korporat yang berpengaruh dalam dunia perniagaan: Datuk Seri Tan, Datuk Bakri, Mr. Sundram, Mr. Yap dan Abdul Halim demi penguasaan ke atas ekonomi di Asia.

Selepas kematian Mr. Sundram dan Mr. Yap di luar negara, Mikhail sepatutnya menghapuskan Abdul Halim dan Datuk Bakri di Malaysia. Takdir Tuhan, menemukan dia pada Reina Raihana lalu melembutkan hatinya yang selama ini dipenuhi dendam dan amarah. Lalu, dia mula mempersoal tugasan yang diberi Dickens padanya dan mula mencari kebenaran.

Akibat ingkar, Mikhail 155 ditugaskan untuk menghapuskan Mikhail 496. Mikhail 155 adalah Kharis. Orang kepercayaan Abdul Halim dan Reina Raihana. Bersembunyi di balik ketempangan kaki dan muka yang 'innocent'. Pada masa yang sama, Dickens mengarahkan seorang anggota polis berpangkat tinggi, ASP Tim untuk menghapuskan Kharis.

Namun, ASP Tim mengkambinghitamkan pegawai bawahannya iaitu Inspektor Sharani untuk menghapuskan Kharis sekaligus meneruskan tugasan asal Mikhail -membunuh Datuk Bakri, Abdul Halim dan Datuk Seri Tan. RM 500 000 menggelapkan mata hati Inspektor Sharani, padahal wang yang diterima ASP Tim adalah jauh lebih banyak. $USD 10 juta! Namun, segalanya terbongkar juga akhirnya hasil usahasama Mikhail dan Inspektor Zetty (kakak kepada Reina Raihana). Mikhail akhirnya bersama Raihana. Tamat.




"Ramlee Awang Murshid. The writer of the novel. Probably,this is one of the most complicated novel of his that I've read. He managed to keep me hold tight to the book, for the sake of discovering the truth behind those incidents. I tend to get sleepy while reading a book, but MIKHAIL failed to do so. Huh, amazing! While reading a novel, I finally understood the joy of reading a novel for some people. Novel lets the reader to be creative and imaginative. I imagining Mikhail as Lee Min Ho who played Lee Yoon Sung in The City Hunter. veery sesuai...~ It seems that Korean pop culture is crossing the line with Malay culture here", farhinmatori


Berikut, hanyalah visual aid untuk si pembaca yang kurang daya imaginasinya iaitu AKU:






Sunday, August 14, 2011

22-20, 14-21, 21-23

Lin Dan still the champion of BWF world championship!

Tonight, would be the night of celebration for the whole nation.
The night when Chong Wei broke the 'curse' of losing the game to Lin Dan.

They both played very well tonight.
Lin Dan, as always shows a great performance.
Chong Wei was better tonight compared to the Olimpic Game when he faced the exact same opponent.
Chong Wei really did his best tonight, and he didn't disappoint me as the so-called true fan of Badminton. haha, the match last longer than football match,duh!

Will Chong Wei ever win over Lin Dan after this, or will he retire from the game without being able to defeat him? oh, we have to wait and I'm waiting for that moment.

-oh! solat terawihku lambat lagi malam ini. ish3-

mikhail=city hunter, lee yoon sung?



Masa mengemas blik aritu....


Di dalam timbunan kotak yang membukit, selak sana. selak sini. buang itu, buang ini. Tiba-tiba, aku terpandang satu buku kecil bersampul putih. sah! Ni mesti novel akak aku punya. Ntah, apa significant dia balut novel-novel dia dengan kertas A4 putih tu pun aku tak tau.



Mikhail. Hidup sendirian, bersama bapa angkatnya, Dickens selepas pembunuhan ke atas keluarganya ketika dia berumur 13 tahun. Berhijrah ke New Zealand dan kembali pulang ke Malaysia 16tahun kemudian, untuk menuntut pembalasan ke atas 4 individu yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya. 4individu yang penting dalam dunia korporat. Darah mesti dibalas darah, itu yang diajar Dickens padanya. Kini, selepas 2 pembunuhan kejam dilakukan terhadap Mr. Yap dan Mr. Sundram.. tiba pula giliran untuk Datuk Bakri dan Halim. Namun, keayuan Raihana anak Halim menggugat keutuhan hati batunya yang kejam selama ini. Dia ingkar arahan Dickens untuk membunuh Raihana (terutamanya) dan Zetty, anak-anak Halim malah menyelamatkannya. Sekarang, dia diburu pula. Angkara Dickenskah? Atau terdapat orang lain yang terlibat?



Lee Yoon Sung. The city hunter. Dibesarkan oleh bapa angkatnya sedari bayi lagi. Tanpa mengenal asal-usul dirinya sendiri, dia diajar untuk memburu individu-individu penting dalam dunia politik Korea Selatan yang terlibat ke atas kematian askar-askar elit pada tahun 1983. Tanpa banyak soal, dia membenarkan dendam kesumat menular dalam dirinya. Namun, yoon Sung memilih jalan yang lain dari sisi yang dikehendaki bapa angkatnya. Dia tidak membunuh, malah menyerahkan individu-individu terbabit kepada pendakwaraya. Kehadiran Kim Nana mungkin penyebabya. Cinta mula berputik di hatinya yang selama ini dibelenggu dendam dan amarah. Yoon Sung ingkar arahan bapa angkatnya untuk tidak jatuh cinta. Cinta adalah musuh utama seorang pembunuh! Kini, nyawa Kim Nana dalam bahaya. Diculik dan kini diburu untuk dihapuskan. Angkara bapa angkatnya kah? Atau terdapat individu lain yang terlibat?



Cinta musuh ketat seorang pembunuh. cinta manusia dan yang terutama, cinta Illahi.


Mikhail. 24 more chapters to go..
Lee Yoon Sung, the city hunter. Episode 12 is the latest episode on SBS One..

Alot more will happen, and can't wait to finish up both!

Thursday, August 11, 2011

sendiri.menyendiri.

bila sendiri. mula berfikir itu dan ini. terkadang terasa nyaman sendirian, terkadang menyesakkan.

fikiran yang sesak dan sendiri itu cuba dijauhi.
dengan cara tersendiri. *nama pun menyendiri*. agar yang sesak itu kembali terang dan menyamankan.

cara 'tersendiri':
1. tidur
2. baca novel
3. shopping
4. wayang
5. masak
6. main dengan kucing
7. FB dan 'blog-walking'

ah, akhirnya yang sesak itu terasa aman.
namun, bila kita mulai menyendiri tanpa disertai cara-cara 'tersendiri' seperti contoh di atas...
kita mulai terasa sesak kerana bersendirian.kann?

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
[Ar-Ra'd:28]

Friday, July 29, 2011

Bola & Aku

oh.mlm td, mlm pertama aku.haha.mlm pertama bola dan aku.
slme ni, xpnh knl sape penyarung-penyarung jersi Malaysia.
tatau ape beza HARIMAU MALAYA dgn HARIMAU MUDA.

tp, mlm td...mlm pengenalan.
meremang bulu roma aku
time KFCM beraksi. wahaha, hebat la!

bergemuruh jantung aku,
the moment Safee Sali tendang lalu... GOALLL!
menyirap darah aku,
bile pemain-pemain Singapura main main-main.
berasap pale aku,
bile goalkeeper S'pore tendang bola kua mnit ke-90.

tergamam aku,
bila Singapura berjaya bolos defender Malaysia.
dan bila KFCM suda tak lagi berjaya bertahan.

5mnit masa kecederaan yg dibagi pn xberbaloi ble dorg main-main. dr 5minit yg ada, tah2 seminit 2 je yg boleh digunapakai.

oh.ho. tp, ak mmg proud gler ngan skuad kebangsaan ble main x pnh putus asa, walaupn sebenarnya hanya keajaiban shj yg mmpu membolehkan Malaysia mara dek kerana ketinggalan 2gol aritu.

Malaysia di Piala Dunia..kini masih mimpi.
Namun mimpi masih mampu jadi nyata bukan? Yo, fighting!

Tuesday, July 12, 2011

Di Kala Hujan






hujan renyai berintik
...tik.tik.tik.
hati kecilku berdetik

...tik.tik.tik.

dalam renyai
tawaku terhenti
dalam renyai
hibaku meniti.

sunyi.sepi.
tiada di tepi
cuma di hati

jiwa sepi.sendiri sedih.
jiwa sepi.sendiri pedih.
jiwa sepi. sepi dan sedih serta pedih.

ah...tenanglah wahai hati
abai saja kata orang, jangan bawa ke hati
pasti ada menanti.

[bersangka baik pada Tuhanmu, wahai hamba yang lemah... Insya Allah.]

Saturday, July 9, 2011

hati berkata, minda berbicara, tangan meluahkan...

Different people thinks differently
I have my own mind, you have yours

Pemikiran terbentuk dari persekitaran
Pendirian terbentuk dari pemikiran
Hidup tanpa pendirian
seperti hidup tanpa berfikir.

bukanku menidak pendirianmu betul..bukan.
bukanku mengia pendirianmu betul..bukan.
[oh, aku pun seperti tidak berpendirian di sini]

Aku faham, dan aku hormat...kerana
PENDIRIAN ITU HASIL PEMIKIRAN

Hidup seorang pelajar
Hidup seorang peraih rezeki
Membentuk dua jiwa berbeza

Hidup seorang peraih terpelajar
Membentuk satu jiwa yang lain

Mengubah jiwa lain yang lama hidup dalam fikirannya sendiri
...SUSAH!
Menjaga jiwa sendiri
...JUGA SUSAH!

Keterbatasan dalam berbicara
Keterbatasan dalam tingkah laku
walau dengan pelbagai cara
Insya Allah, perubahan itu berlaku.

Sunday, May 8, 2011

living in denial.

i wish to live in love.
am wishing to live in love, actually.

oh no.
i'm in denial phase.
living in denial.
trying to find the love.
which already has gone.

my heart has gone.
to a far, faraway land.
it's not here. not anymore.

when the heart was here..
i always hoping for your love and care,
everyday.
but for every single day that passes, the hope is gone.

some matters... can't always be left unspoken.
it leads to misunderstanding.
to hatred.
to life with no love.

Sunday, March 20, 2011

perpisahan ini...

i loike the melody very much...
thanks to Aizat Amdan suweet voice, i love the song even more!!

haha,
layan and feel it~


video

Friday, March 18, 2011

"em, betol la..."

"em, betol la..."
kata diri dalam hati.

bertangguh itu pencuri masa
bertangguh itu memenatkan
bertangguh itu merunsingkan
"em, betol la..."

masa yang pergi
tak kembali
masa yang ada kini
terus menjauhi
masa yang datang
tetapkan menjengah

"em, betol la..."
kata diri dalam hati.
masa itu emas
masa itu lebih-lebih nilainya dari emas

"em, betol la..."
kata diri dalam diri.

don't losing it, chill out and you can manage it!

Saturday, March 12, 2011

sustainability future...~

moving forward...people!
we act today, for the better tomorrow.

it's a positive kind of act that everybody wants to be part of.
preserving the earth, it's a responsibility.

reducing the use of plastic, even it's hard [da jadi kebiasaan la katakan...],
but still it's possible.

our university, IIUM aka UIA has already taken an action.
by providing a biodegradable food pack,
providing food container, which is suppose to be reused not being dumped meh...~

all supermarket, hypermarket and any other market [except for 'pasar basah'.. i think]
has also take a small action towards a better future.
NO PLASTIC BAG day!
which is on every SATURDAY~

so, guys...
please,, bring along your shopping bag on saturday lorh
which then,
you won't have to push along your trolley where ever you go in the mall, even to the food court!
people,
there are other peoples that are going tu use that trolley meh...~

be considerate, be sensible... be happy!

Friday, March 11, 2011

y.o.u... k.a.m.u

half of your soul
inside me
inside us
to be remembered
and to always be remembered

you walk away
and keep on walking
keeping the distance
keeping the cold

your heart won't budge
won't melt
won't be like before
never again (maybe)..

still
i'm here
always remember your warm heart
still believe that it's still there
waiting to be awaken..

yup,
i'm sorry
it's just me.. who feel that way

Thursday, March 10, 2011

Langkahmu
Langkahku
Walau tak seiring
Tetap..
Aku cuba mengiring
Walau sumbang
Tetap..
Aku cuba menyumbang

Kita mungkin tidak sama
Kita mungkin tidak senada
Kita mungkin tidakkan bersama
Namun kita bisa berlapang dada

…wishing the best for the future… =p

Friday, March 4, 2011

ummatic week... iium

interesting vids:

video

mse ni... tgh rase buah 'dome' kt booth from republic of Chad. x smpt nk capture the whole dance, but got the their 'trademark'. (the guy with the tie..)

video

the guys from earlier, teaching his friend to play gamelan at the booth from Malaysia!

interesting.will be back again, xsmpt pusing semua booth! the event last for a week only... until this 7th.

kancing dan gigi

2 februari. 2.30am
masih mamai-mamai.
bergerak ke tandas untuk melepaskan hajat.
masih mamai-mamai.
kepala yg mamai, buat kaki menjadi lemah.

mau terjatuh, tangan menahan.
ouch!
kepala yang masih mamai, melihat tangan.
aduh... kulit tersoyat paku kt dinding oi!

keluar bilik air. tadah tangan bawah sinki.
masuk bilik kejut si gemok.
"ko ade minyak gamat x?"
gemok menjawab: "minyak yu yi ade le...". lalu dia sambung tido. kecewa.

uhhu. mau nangis. ngeri tgk tangan sendiri.
niat asal mau wat slide presentation.
tp, terus tido lpas tmpal handyplast..gemok yg punye.

1045am
pegi klinik idzham.
kne injek. amik antibiotik sapu.


makoi! 40 hengget!! naseb dpt salam keruk daripada mak ak, mse anta die balik kt Terminal bas pg td.. haha~

8.00pm tangan kiri lenguh. sakit dan bengkak.

eleh! sikit je. kecoh.

Wednesday, February 9, 2011

...sunyi...

"terkadang lupe mmbetolkan diri sendiri bila sibuk untuk membetolkan yg lain"
quote monolog hati.

buruk sangka, baik sangka..

uhhu.. bkn berburuk sangka.
tp terpaksa sangka. lau tanye pn, bkn ley dpt jwpan pn.. haha, berburuk sangka sekali lagi.

mcmne ni..mcmne ni...?
tamo bersangka buruk, kn tak baik. kte nk jd bdak baik? meh bersangka baik meh...

tp, lau betol la kn spt ape yg disangka..mmg ak kcik ati tol la, sekecik hati semut. eh2, smut ade hati ke??

ah.. tiada kepastian, tiada bukti. tiada tarikh terlihatkan. makanya, sangkaan buruk itu muncul.
kalo betol la kn, ni kalo ak kate kalo... sampai ati die tipu ak, ces~

ish3. kan tak baik ber'kalau'2.. buruk sangka tu pn tidak baik jugak.
ah.susahnya nk berubah jd 'baik'
[dlm konteks ayat di ats.. "utk tidak bersangka buruk dan utk tidak ber'kalau'2."]

hua~

@________________@
)"katak yg mereng"(

Tuesday, January 25, 2011

..chances that flaking away..




those chances, have been given too many time.
each time, it wasted and it starts to flake away.
those chances, are the opportunities.
to change and change others.

but still, it wasted and it starts to flake away.

those flaking chances is not going to stand for long.
it will fade away someday,
and i hope that day will not come.
[menci ah.... hate myself for being capable of doing nothing, duh~

ni betol-betol punye betol...!

restricting myself from cold drink and 'teh ais'...(especially!)

haha,
kali ni betol-betol punye azam.
bukan mau krus, cme mau jge bdn...

bdn kte ni sume kn amanah dr Allah.
mari semua, jge badan~

ngahaha...first day, checked!
esok, cuba lg~

i...fanbot!

haha...

fanboy and chum-chum.bukan katon hebat.tp, kool smpai nk sepak2.logiknya ada, cuma kadang2 x tersampai berfikiran begitu.haha, si naive fanboy bersama rakan baiknya chum chum.series. kdg2 tgk rse nk sepak budak dua ekor ni!

Another sewies-mmg-nk-kne-sepak episod : " berry sick"

episod yg ini : I, fanbot. [fanboy+robot = fanbot]

video

ohho.. moral of the story:
tade jln singkat utk cemerlang dlm setiap tindakan.
selamat stadi.. utk sape2 yg msh bergelar pelajar~

asal2, video ni terbalik. pastu ak convert, tp converter die ngong... video lg lju dr sore die meh!
makanye, sile rjuk youtube.. haha!
http://www.youtube.com/watch?v=tIWVhKQDv1w

future..

something about future that wonders me...
it's unpredictable and always suprising me~

something about future,
it's unknown and unreachable but it's not possible..

afraid of unknown is normal-maybe?
afraid of future.. it's kanot-helep-ma~
future is coming, no matter what are the circumstances.

do plan for your (here, it means mine...haha!) future,
it will accordance with your plan,
or it may not.
but still... plan, do, check and act!
plus dua' and tawakkal~

Sunday, January 23, 2011

eh betul ke ni??

nge...
azam bru bermula hari esok.

1. tanak tido lg lepas subuh.
(buat percubaan pertama, utk weekdays shj..)
2. sarapan pagi jgn smpai jd 'brunch'
3. tanak minum air sejuk da...

eh, betul ke ni?? haha, yg no.3 tu mcm jaoh sgt la nk smpai...kn?
tp, papehal.. meh kte try.

"mengharap esok itu lebih baik..."

Friday, January 21, 2011

edm..~

oh my...
the title of my final year project:
"the development of anti corrosive layer by powder addition in Electrical Discharge Machining"

pergh, tajuk nk pjg.. tp, stu hapah (ade la dalam secubit debu je yg ak da bce) pn ak x kaji lg~
ngahaha, riso2. jmpe supervisor pn bru 2 kali jeh~

haha, ayuh mari memecut jgn smpai kecut time presentation nnti!

Wednesday, January 19, 2011

monyet itu..

keadaan munyet itu waktu kini...~




keadaan munyet itu sebelum ini....
mode::berehat dan bersantai~



Saturday, January 15, 2011

bocor lagi!!


haha...
tiap2 mggu, kalo 'prot' x bocor x sah!

kdg2 smpai 2 kali seminggu~
aiyak, nk bsuh mesin kt sni kne ade syiling meh... syiling dtg mne, dr tabung meh.

-smpai ble mau penuh??
-teringat jnji2 mnis ngn kwn [yg bg tabung tu kt ak la...],
"bile da penuh smpai pale, ley la g korea!"

haha...
jnji manis trus bersemut,
mmpi tinggal mmpi,
takat perut pun tah tentu lepas ni~

p/s: bkn mls mmberus, tp x smpat mmberus. thihihi

Tuesday, January 11, 2011

i never had a chance

i never had a chance to wish her "happy birthday"... not a chance.
maybe, i didn't take the chance or make the chance.

but, i always remember this day..and Insya Allah, i will never ever forget the day. you are always in my mind and i love you so much.

i may not expressing the love that i had for you, but still please remember that i always pray for you..~

happy 10th birthday.. kakak! i wish that we will meet again, someday, and we'll spend the day together with all your 'tentera2 kecik' yg lain...

- i'm hoping for the day to come, soon or later, is better than never-

Thursday, January 6, 2011

plan or no plan?

a...uuu~
some people said:
"if you fail to plan, you plan to fail" eit, betol ke?? kuang3...

pokoknya di sini, yang dikatakan orang yang berjaya itu..
selalunya yang pandai merancang dan memilih. x gitu?

setiap rancangan dan pilihan itu, ada natijahnya tersendiri. mana mungkin, suatu keputusan itu tidak ada konklusinya, bukan?

maka, manusia itu digalak untuk merancang demi dirinya dan demi natijah rancangan dan pilihan itu sendiri terhadap yang lain-lain. Dengan berlandaskan keyakinan, bahawa rancangan Allah itu lebih-lebih lagi baik.

justeru itu, golongan manakah aku harus ditempatkan?
i) yang gagal kerana gagal merancang
atau

ii)yang gagal kerana terlalu asyik merancang
atau

iii)yang gagal kerana gagal mencapai apa yang dirancang?

ah... ntah~