Posts

Showing posts from December, 2017

Takdir hidup

Takdir hidup kita.. Lain dan berseni. Ada yang lurus dan terang, Ada yang berliku lagi kelam. Usaha kita Takkan pernah menjamin takdir akhir kita. Tapi tanpa usaha Mungkin kita menempah takdir akhir yang kelam dan suram. Tidak dikira cukup sifat tawakal kita, Tanpa usaha dan doa Kerana Allah jualah yang berkuasa Ke atas setiap benda Tidak terkecuali yang ghaib Jangan pernah bongkak Kau berusaha dan berjaya Jangan pernah gah Kau tak berusaha dan berjaya Itu semua, Allah bagi izin.. Alhamdulillah 'ala kulli hal~~

Tak pernah kenal

Kita ni.. Jadi orang, takkan pernah berjaya. Untuk kenal orang lainnya dengan sepenuhnya. Kita ni... Diri sendiri pun belum tentu kenal. Kita ni.. Jadi orang, jangan nak gah. Kata kita dah kenal sekian-sekian orang lainnya. Biar dia tu laki kita, bini kita, anak kita hatta siapapun dia. Orang ni, berinteraksi mengikut situasi, mood dan orang yang diinteraksikan bersama. Kita ni.. Jadi orang jangan mimpilah. Kita dan orang lain tu, Jasadnya dah lain, Fikirannya pun dah lain. Rasanya lagilah lain. Apa yang buat kita dapat bersama bukanlah sebab kita cukup kenal dengan mereka. Tapi sebab kita mampu tolak ansur ketidakkenalan kita pada dia. Buruk, busuk, kejengkelan dan segala yang tak sedap dilihat.