Rupa
Andai rupa jadi ukuran Aku mungkin tak perlu kau dekati Andai rupa batu pemberat Aku mungkin tak perlu kau timbang lagi Andai rupa jadi sandaran Bukan aku kau patut harapkan dari awal lagi Ha ha ha Rasa hina? Rasa rendah diri? Rasa kurang diamati? Hmmm... Tidak dinafikan Dari mata turun ke hati Mata pasti akan menatap pada rupa Rupa itu muka Rupa itu tubuh badan Rupa itu penampilan Masyarakat Lumrah hidup Ada piawaian Andai kita tidak menepati salah satu unsur Cantik Menarik dan Rupawan Jangan sesekali kita lupa diri Mengutuk diri Menyalahkan diri Sayangi diri Kerana diri ini bukan milik mereka Yang menilai dan mengkategori Ia adalah kita Kita milik Allah Cuba jaga Cuba sayang Cuba cinta Sayang diri, sayangi orang lain. We're different and we are unique. NFM 23 sept 2017 0250hrs