Soal hati
Soal pada hati Apa rasa diri Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati senyap Hati memati dan lenyap Hati senyap Hati tidak lagi bersayap Untuk terbang dan merayap Soal pada hati lagi Apa rasa kini Hati tetap senyap dan memati Hati mati untuk menikmati Bukan kerana diri Tapi kerana pernah disakiti Soal lagi pada hati Hati berkata lagi Mungkin nanti, bukan kini. Hati itu Allah yang pegang Semoga hati kita tidak mati Semoga hati kita diberi peluang untuk menikmati Sebelum kita benar-benar mati. NFM, march 2017.