mikhail=city hunter, lee yoon sung?



Masa mengemas blik aritu....


Di dalam timbunan kotak yang membukit, selak sana. selak sini. buang itu, buang ini. Tiba-tiba, aku terpandang satu buku kecil bersampul putih. sah! Ni mesti novel akak aku punya. Ntah, apa significant dia balut novel-novel dia dengan kertas A4 putih tu pun aku tak tau.



Mikhail. Hidup sendirian, bersama bapa angkatnya, Dickens selepas pembunuhan ke atas keluarganya ketika dia berumur 13 tahun. Berhijrah ke New Zealand dan kembali pulang ke Malaysia 16tahun kemudian, untuk menuntut pembalasan ke atas 4 individu yang terlibat dalam pembunuhan keluarganya. 4individu yang penting dalam dunia korporat. Darah mesti dibalas darah, itu yang diajar Dickens padanya. Kini, selepas 2 pembunuhan kejam dilakukan terhadap Mr. Yap dan Mr. Sundram.. tiba pula giliran untuk Datuk Bakri dan Halim. Namun, keayuan Raihana anak Halim menggugat keutuhan hati batunya yang kejam selama ini. Dia ingkar arahan Dickens untuk membunuh Raihana (terutamanya) dan Zetty, anak-anak Halim malah menyelamatkannya. Sekarang, dia diburu pula. Angkara Dickenskah? Atau terdapat orang lain yang terlibat?



Lee Yoon Sung. The city hunter. Dibesarkan oleh bapa angkatnya sedari bayi lagi. Tanpa mengenal asal-usul dirinya sendiri, dia diajar untuk memburu individu-individu penting dalam dunia politik Korea Selatan yang terlibat ke atas kematian askar-askar elit pada tahun 1983. Tanpa banyak soal, dia membenarkan dendam kesumat menular dalam dirinya. Namun, yoon Sung memilih jalan yang lain dari sisi yang dikehendaki bapa angkatnya. Dia tidak membunuh, malah menyerahkan individu-individu terbabit kepada pendakwaraya. Kehadiran Kim Nana mungkin penyebabya. Cinta mula berputik di hatinya yang selama ini dibelenggu dendam dan amarah. Yoon Sung ingkar arahan bapa angkatnya untuk tidak jatuh cinta. Cinta adalah musuh utama seorang pembunuh! Kini, nyawa Kim Nana dalam bahaya. Diculik dan kini diburu untuk dihapuskan. Angkara bapa angkatnya kah? Atau terdapat individu lain yang terlibat?



Cinta musuh ketat seorang pembunuh. cinta manusia dan yang terutama, cinta Illahi.


Mikhail. 24 more chapters to go..
Lee Yoon Sung, the city hunter. Episode 12 is the latest episode on SBS One..

Alot more will happen, and can't wait to finish up both!

Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

Harapan