Saturday, September 23, 2017

Rupa

Andai rupa jadi ukuran
Aku mungkin tak perlu kau dekati

Andai rupa batu pemberat
Aku mungkin tak perlu kau timbang lagi

Andai rupa jadi sandaran
Bukan aku kau patut harapkan dari awal lagi

Ha ha ha
Rasa hina?
Rasa rendah diri?
Rasa kurang diamati?

Hmmm...
Tidak dinafikan
Dari mata turun ke hati
Mata pasti akan menatap pada rupa 
Rupa itu muka
Rupa itu tubuh badan
Rupa itu penampilan

Masyarakat
Lumrah hidup
Ada piawaian

Andai kita tidak menepati salah satu unsur 
Cantik
Menarik dan
Rupawan
Jangan sesekali kita lupa diri
Mengutuk diri
Menyalahkan diri

Sayangi diri
Kerana diri ini bukan milik mereka
Yang menilai dan mengkategori
Ia adalah kita
Kita milik Allah
Cuba jaga
Cuba sayang
Cuba cinta

Sayang diri, sayangi orang lain.
We're different and we are unique.

NFM
23 sept 2017
0250hrs


Tuesday, September 19, 2017

Adat hidup

Santun rasa letak pada budi
Tunduk laku letak pada hati
Indah budi laku dan pekerti
Bawa ke sudah bawa ke mati

Lalu ke pinggir
Bongkak dan dengki
Menepis mereka lalu pergi
Mendatanglah cinta pada diri
Untuk mereka yang disayangi

Corak diri sukar dierti
Itu tersalah ini memerli
Sumbang laku adat menyepi
Tersalah tuju terasa hati

NFM, 19 sept 2017.
0044hrs.

#adathidup
#yangtuadisantuni
#yangmudadisayangi
#semogakekal

Sunday, September 10, 2017

Emosi

Emosi manusia lain lain
Lain orang
Lain tahap emosinya

Yang sabar
Yang redha
Yang diam
Bukan mereka tiada perasaan

Mungkin
Mental dia lebih kuat
Hati dia lebih kental
Atau dia tidak lagi peduli
'Pergi mati'

Ataupun cuma
Memang itu dia
Seperti itu hidupnya

Yang melenting
Memaki 
Meradang
Dan meraung
Bukan mereka tidak berakal

Cuma mungkin 
Sudah cukup bertahan
Sudah cukup berasa hati
Sudah cukup disakiti

Ataupun cuma
Itu adalah memang dirinya
Yang kurang sabar
Kurang fikir
Kurang peduli

Maka manusia ini
Perlu komunikasi
Jangan pendam
Harap orang lain mampu faham
Jangan meredah
Harap orang lain akan faham

-cuba luah, cuba rasa, cuba hidup
-kita saling memerlukan


Sunday, August 27, 2017

Hilang

Hilang.
Tiada dipandang.
Tiada dirasa.
Tapi berbekas di hati.

Hati kita punya cuma satu.
Tidak kita tahu
Bila hati mahu memunya.

Bila hati mula memunya,
Dia mula rasa hilang.
Bila tidak lagi mampu dipandang
Dipegang
Dan dirasa.

Manusia
Makhluk terajaib dunia.
Punya hati namun bukan miliknya.

Allah jadikan manusia sebagai makhluk beradaptasi.
Menyesuaikan diri sesuai keadaan diri.

Hati itu Allah yang punya
Hati dia dan hati kita semua.
Tiada satu di dunia ni punya kita.
Punya Allah jualah milik segalanya.

Kehilangan paling terkesan
Hilangnya abang
Hilangnya kakak
Hilangnya abah.

Mereka hilang sebentar,
Moga Allah bagi izin jumpa lagi.