Takdir hidup

Takdir hidup kita..

Lain dan berseni.

Ada yang lurus dan terang,
Ada yang berliku lagi kelam.

Usaha kita
Takkan pernah menjamin takdir akhir kita.
Tapi tanpa usaha
Mungkin kita menempah takdir akhir yang kelam dan suram.

Tidak dikira cukup sifat tawakal kita,
Tanpa usaha dan doa
Kerana Allah jualah yang berkuasa
Ke atas setiap benda
Tidak terkecuali yang ghaib

Jangan pernah bongkak
Kau berusaha dan berjaya
Jangan pernah gah
Kau tak berusaha dan berjaya
Itu semua, Allah bagi izin..

Alhamdulillah 'ala kulli hal~~

Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

Harapan