Sunday, August 27, 2017

Hilang

Hilang.
Tiada dipandang.
Tiada dirasa.
Tapi berbekas di hati.

Hati kita punya cuma satu.
Tidak kita tahu
Bila hati mahu memunya.

Bila hati mula memunya,
Dia mula rasa hilang.
Bila tidak lagi mampu dipandang
Dipegang
Dan dirasa.

Manusia
Makhluk terajaib dunia.
Punya hati namun bukan miliknya.

Allah jadikan manusia sebagai makhluk beradaptasi.
Menyesuaikan diri sesuai keadaan diri.

Hati itu Allah yang punya
Hati dia dan hati kita semua.
Tiada satu di dunia ni punya kita.
Punya Allah jualah milik segalanya.

Kehilangan paling terkesan
Hilangnya abang
Hilangnya kakak
Hilangnya abah.

Mereka hilang sebentar,
Moga Allah bagi izin jumpa lagi.







Friday, August 25, 2017

Definitely, maybe

This is a title of a movie.

Subjek utama dia - perihal pertemuan, pilihan, dan jodoh.

Manusia bertemu dan berpisah.
Itu lumrah.
Manusia tersuka dan terminat.
Bukan pilihan, itu tarikan.

Kerana tarikan, kita berani untuk mula buat pilihan.
Bila pilihan kita sudah ada pilihan dia sendiri, aduh..nasiblah badan.
Itu tajuknya "tiada jodoh antara kita".
Pada saat itu, ketika itu.
Tapi bukan selamanya.

Kita berjalan dan hidup seperti biasa.
Tiba-tiba, setelah lama tidak bertemu... kita bertemu dan bersapa kembali.
Atas dasar tarikan yang sama dulu, kita tersuka dan terminat.
Lalu, kita cuba untuk membuat pilihan sekali lagi padanya.

Atas dasar rasa takut ditolak mentah, kita tunggu dan tunggu.
Kita tunggu lagi.
Tunggu lagi.
Dan lagi.

Kerana sendiri, kita tidak akan berani untuk mula membuat pilihan itu lagi.
Lalu kita tunggu dan tunggu.
Sampai satu masa kita tak mampu tunggu lagi, lalu kita cuba sekali lagi.

Nah... waktu ini, saat ini, sesuai sekali.
Dia dan kita, sama-sama punya rasa yang sama.
Sama-sama berada dalam fasa yang sama.
Sama-sama cuba membuat pilihan yang sama.
Maka, saat ini itulah jodoh kita.

Jadi...
Jodoh itu bukan perihal orang semata-mata.
Ia perihal masa.
Andai masa itu tepat dan kena pada waktunya, Insya Allah.. jodoh itu ada buat kita.

Andai tiada di sini, di dunia fantasi ini..
Kita kena redha.
Asal kita sudah usaha dan bukan mengeluh saja.

Gituuuu.





Wednesday, August 23, 2017

Nikmat hidup

Aku percaya.
Allah pilih aku untuk hidup.

Allah pilih cara, untuk aku hidup.
Allah bina jalan, untuk aku hidup.

Allah tahu aku mampu hidup.
Allah tahu aku perlu ditolong untuk hidup.
Allah tahu berapa banyak aku boleh tahan.
Banyak mana boleh buat aku tersungkur.
Dan semampu mana boleh aku berdiri lagi.

Allah itu adil.
Allah itu pencipta aku.
Mana mungkin Allah tinggalkan aku.
Mana mungkin Allah biarkan aku.
Mana mungkin Allah tidak tolong aku.

Segala bentuk rupa hidup aku kini
Allah dah susun cantik untuk diri bernama aku.
Allahu.. maafkan aku.
Tamak aku untuk merasa lebih.
Tamak aku untuk tidak berada dalam jalan hidup ini.
Tamak aku untuk berlari dan pergi.

Manusia.
Tamak.
Dengki. Sangka buruk.




Friday, August 18, 2017

Jangan mengata

Kata dan tindakan
Hasil rasa hati dan fikiran

Dangkal rasa
Pendek akal
Terbit bentuk laku yang pincang.

Benar orang-orang kata
Jangan bicara bila amarah
Jangan mengata bila hanya mendengar

Mata, akal, rasa
Perlu dibiar buka
Perlu dibiar menilai
Panjang pendeknya àkal sang bicara.

Tak kira siapa kita
Yang mendengar
Mahupun bicara
Ingat, buka mata.. buka rasa
Jangan sampai binasa.



Tuesday, August 15, 2017

Love Yourself😘

Orang kata...ni orang la kata...
"You have to love yourself first, before starts loving others"

Why?
It is simply because you worth it! *loreal*

You worth a lot more than you ever think.
Never underestimate your appearance, capability and values.

You are unique on your own.
You live in your own pace, with your own flow and your own you.

Here are 5 incredible thing about me that you never expected me to say out loud by myself..hehe. ni bukan narsisis tapi cuma optimis. Kihkih.

#1: I'm good in making chicken soup. Pehhh, feveret.
#2: I could figure out how to be handy in some house chores, something like fitting the water hose for washing machines, assembled furnitures by DIY stores, replace water filter (yang cikai bkn coway), change light bulb, replace empty gas, gitu... boleh la nak hidup sendiri.
#3: I love air freshener. I love nature and loving to be in it. Could spend hours by seashore, on the hills and up in the jungle if given the chance. Love running and laughing. It makes me light-hearted.
#4: I'm pretty neat. Could not bear to see the kitchen messy and oily. Will clean up everything once done cooking. Will make sure the floor get cleaned and mopped right away.
#5: i can cook a hearty meal under an hour. Plus cleaning in 30minutes.