Wednesday, March 15, 2017

Abah


Air mata itu kini tidak lagi boleh mengalir.
Air mata itu aku sendiri saksinya.
Air mata itu bukti kasih abah.

Abah walau telah pergi
Nilai dirinya semoga kekal subur
Dalam diri aku yang degil
Dalam diri aku yang kasar
Dalam diri aku yang tampil kuat.

Degil dan kasar aku muncul
Sekadar penutup hati yang keciwa
Sedih
Putus asa
Dan sakit hati.

Dulu adanya abah
Mampu menyejuk hati yang marah
Mampu menunduk hati yang angkuh
Mampu memandu hati yang sesat

Bait katanya ringkas
Bait nasihatnya tepat
Bait tegurannya padu
Bait tawanya menenangkan

Mana mungkin aku jumpa abah di hayat ini
Mana mungkin ada abah aku sapa lagi
Mana mungkin ada abah untuk nasihati 
Mana mungkin ada orang faham abah aku lagi

Abah telah pergi
Yang tinggal 
Jangan pernah lupa pada abah
Jangan pernah lupa nasihat abah
Jangan pernah lupa apa kau dah buat pada abah

Yang dulu kalau sesali mungkin abah pun sudah lupai
Andai kini kau buat lagi
Tiada lagi abah untuk memaafi

Mati hati.
Matilah diri.

Al-fatihah.
Matori markom. 21 April 2014.


No comments:

Post a Comment