Monday, March 27, 2017

Soal hati

Soal pada hati
Apa rasa diri
Soal pada hati lagi
Apa rasa kini

Hati senyap
Hati memati dan lenyap
Hati senyap
Hati tidak lagi bersayap
Untuk terbang dan merayap

Soal pada hati lagi
Apa rasa kini
Hati tetap senyap dan memati
Hati mati untuk menikmati
Bukan kerana diri
Tapi kerana pernah disakiti

Soal lagi pada hati
Hati berkata lagi
Mungkin nanti, bukan kini.

Hati itu Allah yang pegang
Semoga hati kita tidak mati
Semoga hati kita diberi peluang untuk menikmati
Sebelum kita benar-benar mati.

NFM, march 2017.


Wednesday, March 15, 2017

Abah


Air mata itu kini tidak lagi boleh mengalir.
Air mata itu aku sendiri saksinya.
Air mata itu bukti kasih abah.

Abah walau telah pergi
Nilai dirinya semoga kekal subur
Dalam diri aku yang degil
Dalam diri aku yang kasar
Dalam diri aku yang tampil kuat.

Degil dan kasar aku muncul
Sekadar penutup hati yang keciwa
Sedih
Putus asa
Dan sakit hati.

Dulu adanya abah
Mampu menyejuk hati yang marah
Mampu menunduk hati yang angkuh
Mampu memandu hati yang sesat

Bait katanya ringkas
Bait nasihatnya tepat
Bait tegurannya padu
Bait tawanya menenangkan

Mana mungkin aku jumpa abah di hayat ini
Mana mungkin ada abah aku sapa lagi
Mana mungkin ada abah untuk nasihati 
Mana mungkin ada orang faham abah aku lagi

Abah telah pergi
Yang tinggal 
Jangan pernah lupa pada abah
Jangan pernah lupa nasihat abah
Jangan pernah lupa apa kau dah buat pada abah

Yang dulu kalau sesali mungkin abah pun sudah lupai
Andai kini kau buat lagi
Tiada lagi abah untuk memaafi

Mati hati.
Matilah diri.

Al-fatihah.
Matori markom. 21 April 2014.


Sebelum mati.

Ada satu detik dalam hidup kau..
Kau rasa malas untuk merasa.
Kau rasa rimas untuk peduli.
Kau rasa lemas untuk menangis.

Sudahnya,
Kau berdiri dan termenung.
Fikir dan fikir lagi.
Apa lagi kau boleh buat.
Apa lagi kau boleh ubah.
Apa lagi kau boleh katakan.

Sudahnya,
Kau berdiri lalu mati.
Mati akal.
Mati cara.
Mati hati.

Lalu
Kau sedar
Hati itu milik Allah.
Allah jualah yang bisa membolak balikkan hati kita.
Semoga kita sempat sebelum terlalu lewat.

Semoga kita sampai.

Sampai sebelum kita 'mati' lalu salah satu dari kita mati.


Monday, March 6, 2017

Seusia ini

Seusia ini.

I might be single, let alone problemless, emotionless, yet the most richest among you all. *clap*clap*

That is your way to justify all things you've not done for me. Tahniah. Allah tu Maha Adil.

Seusia ini,
Aku bukan lagi budak belasan tahun.
Aku punya hak untuk berasa marah.
Aku punya hak untuk berkecil hati.
Aku punya hak untuk tidak lagi berlembut hati.

Bila hati sudah mati, matilah jiwa.
Tolong, jangan sampai hati aku ke situ Tuhan.



Sunday, March 5, 2017

Perihal manusia

Manusia ini satu antara dua
Yang punya otak atau yang punya rasa.

Seringkali,
Yang punya rasa itu terlihat lebih bijak dari yang punya otak.
Lebih bijak untuk menghargai
Lebih bijak untuk menyantuni
Lebih bijak untuk memahami.

Makanya,
Biar kurang otak, tapi biar tuntas untuk merasa.
Kerana hati itu tempat rasa.
Kerana hati itu mata arah diri.
Kerana hati itu kunci untuk memandiri.

Kalau hati sudah mati,
Otak itu boleh buang ke tepi.

Boleh pergi mati. Sekian.

Nfm, 5thmarch17.

Antara cinta dan jodoh

Antara cinta dan jodoh
Ada satu batas
Namanya pilihan.

Antara cinta dan jodoh
Ada satu ruang
Namanya perancangan

Antara batas dan ruang ini
Ada satu ketentuan
Namanya takdir

Dalam pilihan, ada rasa dan suka
Dalam perancangan, ada masa dan acara
Dalam takdir itu pula, tiada kuasa dan daya pada kita

Andai takdir tidak dipayungi dengan batas dan ruang, mana mungkin ada jodoh antara kita..

Nfm, march 2017.