1 April, I were fooled.

Seminggu sudah berlalu pergi.
Sebelum ni, apa ada aku kisah dengan 1 April.
1 April tidak pernah sekali meninggalkan kesan kepada aku.
1 April tidak pernah menjadi satu tarikh yang dinanti-nanti.
Seperti mana sesetengah kita yang sibuk menjadikan 1 April sebagai wadah permainan.
Wadah dan cara untuk mempermainkan orang lain. ‘Prank’ bak kata orang putihnya.

1 April 2012.
Tarikh keramat.
Satu titik perubahan.
Tiada siapa yang ‘prank’ sesiapa.
Ini benar-benar kejadian.
Satu kebenaran yang sangat mendadak kejadiannya.

Satu tarikh paling tidak mahu aku lalui lagi.
Memori yang ada, mahu aku hilangkan.
Mahu aku padamkan.
Mahu aku lenyapkan, selamanya.

Siti Maryam Matori, 1 April 2012 dalam kenangan.
Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

bocor lagi!!