Posts

Showing posts from 2014

APRIL

Image
APRIL..  Bulan bersedih. Bulan Musibah. Bulan Allah uji kami sekeluarga. 1 April 2012   : Siti Maryam Bt Matori 11 April 1996 : Muhammad Syukri B Matori 21 April 2014 : Matori B Markom Al-fatihah. Semoga Allah perkenankan doa untuk kita sama-sama kembali bersatu di dalam Jannah-Nya.

The aftereffect

Image
Bila musibah melanda, tidak banyak yang mampu dilakukan. "Banyakkan bersabar" Senang.  Memang senang. Pada mulut mereka yang lain. Namun berat di hati. Pada hati mereka yang terlibat. Dari sedih, boleh jadi bengang. Dari bengang, boleh jadi marah. Dari marah, boleh jadi rasa putus asa. ... Bengang. Bengang sebab orang dok sibuk suruh kita sabar. Bengang sebab orang dok sibuk suruh kita bertahan. Padahal kita sebenarnya tahu dan sedar, kita MEMANG perlu sabar dan bertahan. Tapi kita tetap bengang.. Bengang sebab that word 'sabar' is actually underrated. Dah tak boleh pakai dah at this particular moment. "Kalau tak sabar, lama dah mati...".  Marah. Marah sebab kita mula mencari sebab dan musabab. Penyebab dan pertanggungjawaban. What went wrong? Siapa yang salah? What else yang sepatutnya boleh dilakukan? "Kalaulah depa buat itu dan ini.. Kalaulah aku buat itu dan ini..kalaulah itu,kalaulah ini&quo

2 years had passed, and it still hurt.

Pernah tak wujud dalam satu waktu dalam hidupmu.. Bila mana satu kejadian itu ‘surreal’ atau ‘so real’ yang mana membuatkan dirimu terpinga? Terpinga-pinga dan sampai tak tahu apa nak buat. Terasa seperti otakmu terbahagi dua. Antara mahu menerima dan menolak. Antara mahu menaruh harapan dan berputus asa. Dan mana bila akhirnya, kamu terasa tidak lagi terdaya. Helpless bak kata orang putihnya. Sampaikan setitik air matamu pun takkan boleh mengalir. Aku pernah. Dan aku tak pernah mahu rasa lagi. Musibah itu terasa berat. Sangat memberatkan. 27 Mac 2012. Kali terakhir aku melihat dia masih lagi bernafas. Masih lagi boleh gelak dan ketawa. Masih lagi boleh bergaduh. Macam biasa. Tapi ada yang lain pada hari ini. Hari ini, aku terasa payah sekali. Payah sekali untuk pandang wajahnya. Sedang lepak-lepak atas katil yuz kat bawah: “ Nanti aku konvo bulan 10, jangan lupa cuti!” “Nak amik gamba konvo ramai-ramai. Aritu yuz konvo da la tak c

1 April, I were fooled.

Seminggu sudah berlalu pergi. Sebelum ni, apa ada aku kisah dengan 1 April. 1 April tidak pernah sekali meninggalkan kesan kepada aku. 1 April tidak pernah menjadi satu tarikh yang dinanti-nanti. Seperti mana sesetengah kita yang sibuk menjadikan 1 April sebagai wadah permainan. Wadah dan cara untuk mempermainkan orang lain. ‘Prank’ bak kata orang putihnya. 1 April 2012. Tarikh keramat. Satu titik perubahan. Tiada siapa yang ‘prank’ sesiapa. Ini benar-benar kejadian. Satu kebenaran yang sangat mendadak kejadiannya. Satu tarikh paling tidak mahu aku lalui lagi. Memori yang ada, mahu aku hilangkan. Mahu aku padamkan. Mahu aku lenyapkan, selamanya. Siti Maryam Matori, 1 April 2012 dalam kenangan. Al-Fatihah.