Thursday, August 22, 2013

Raya Tahun ini

Raya tahun ini..
Bukan seperti yang lepas,
Yang berlalu begitu saja,
Yang berkesudahan begitu saja.

Raya tahun ni, bertambah ahli yang baru,
bertambah ragam yang baru,
bertambah riuh yang baru.

Tahun ini tetap seperti yang lepas,
Yang dibayangi kesayuan,
walau pada waktu yang sama..banyak yang kami perlu syukuri.

Syukur yang tahun ini aku sudah hampir setahun bekerja. Alhamdulillah.
Syukur yang tahun ini Adek bertambah ragam.Alhamdulillah.
Syukur yang tahun ini ada berita gembira dari si Gendut. Alhamdulillah.
Syukur yang tahun ini kami lebih masa berkumpul bersama. Alhamdulillah.

Sayu yang tahun ini tiada lagi sesi bergaduh nak posing-posing depan kamera.
Sayu yang tahun ni aku kena masak sorang-sorang ngan mak aku. Tak ada orang nak ajak gaduh.
Sayu yang tahun ni aku tengok abah nampak penat sangat.
Sayu..tahun ni aku sikit pun tak dapat nak bercakap waktu 'balalan' (bermaaf-maafan).

ah.
Hidup ini hanya sekali.
Insya Allah, bahagia menantimu di sana Maryam. Al-Fatihah.

..KAMI 2013..