apantah diorang ni..!

nak kata tak pandai. tak la kot.
nak kata bodoh. bodoh ke? bodoh tu ape? "tak ada manusia bodoh kt dunia ni"
sebab kalau tak tahu itu tafsiran kepada bodoh, maka bodoh boleh dihilangkan dengan belajar.

arini aku baca surat khabar.
ok.
ak admit. aku bukanlah pembaca aktif tentang akhbar mutakhir dunia dan negara.
tapi, sekali baca saja pun aku dah rasa orang itu memang patut diiktiraf bodoh dan digulingkan!hahahaha.

"kami akan menghantar etnik Rohingya ke mana-mana negara dunia ketiga yang mahu menerima mereka. ia penyelesaian yang kami boleh fikirkan kepada konflik di Rakhine (Arakan)"
- Thein Sein, Presiden Myanmar-

dengan alasan, mereka (etnik Rohingya) ini adalah pelarian. Maka keminoritian mereka di dalam masyarakat Myanmar adalah tidak diiktiraf dan perlu diusir. nak usir ke mana?
kalau PATI Indon ke Bangla pakat mai Malaysia berbondong-bondong, boleh la kita usir balik negara mereka. Ok. Kita hantar balik na. Tapi yang depa semua ni nak usir mana? Dah memang-memang la Rohingya tu dok Myanmar tu berdekad lama. Apantah la diorang ni..! itu namanya sadis.

sama kata, lau orang datang mai rumah kita, dihalaunya kita, suh pi dok tempat lain. mana-mana la tanah orang lain yang sudi menumpangkan kita. lepas tu kalau kita ketegaq juga nak dok kat rumah kita atas tanah sekangkang semut tu, depa bakaq rumah kita abis jadi arang. rela?
nak kata bodoh, boleh ka depa semua ni? pffft.




#sama lah apa yang berlaku di Palestin. Sesuka hati depa je no, tampaq kang~
[nampak tak 'permainan' mereka di sini?]

Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

Harapan