Friday, February 3, 2012

Hafalan Shalat Delisa [REVIEW]



Delisa, seperti juga kita yang lain..
yang dulu-dulunya pergi ke sekolah agama di dalam daerah-daerah di negeri Johor Darul Takzim.
yang mana di sebelah paginya, kita ke sekolah harian belajar membaca dan mengira.
dan di sebelah petangnya, melalui ujian itu dan ini.. termasuk ujian amali solat seperti Delisa, dalam usaha belajar mengenal Islam itu sendiri.

Dulu,
kita juga mungkin pernah terasa susah dan payah seperti Delisa dalam menghafal bacaan itu dan ini,
menghafal surah dan hadith,
kerana dulu, menghafal hanya demi ujian amali dan lisan mahupun bertulis.
Sayang.

"Hafalan Shalat Delisa" mengajar erti ikhlas dan redha serta semangat tidak mudah putus asa.
Mengajar adab pergaulan sesama insan, tidak kira siapa walau cuma adik-beradik sendiri.
Memupuk semangat berani bangkit, walau telah tersungkur.
Mengiktiraf fitrah manusia, yang dikurnai perasaan dan emosi.
namun tidak seharusnya dikuasai olehnya.

...Kerana hati-hati manusia itu kuasa mutlaknya bukan pada kita...

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)

koleksi lagu cinta terbaru.hewhew~