Mikhail. Konklusi?

Mikhail bukan sekadar nama.
Mikhail bukan seperti Lee Yoon Sung, the city hunter.
Mikhail seperti IRIS dan mungkin juga Athena.

Mikhail, berdiri di atas nama sebuah kesatuan. Punya matlamat yang satu, menguasai dunia dengan apa cara sekalipun.


"Mengawal ekonomi dunia meliputi saham, harga minyak, pertukaran wang asing,
mencetuskan peperangan menerusi kepimpinan Presiden AS, mencalonkan
pemimpin-pemimpin pilihan mereka di negara membangun."
Mikhail atau nama sebenarnya Mahmud Fadzil, diperdaya Dickens yang merupakan ketua perancang kesatuan bagi negara-negara Asia. Dikenali sebagai Mikhail 496 di kalangan kesatuan, ditugaskan untuk menghapuskan ahli-ahli korporat yang berpengaruh dalam dunia perniagaan: Datuk Seri Tan, Datuk Bakri, Mr. Sundram, Mr. Yap dan Abdul Halim demi penguasaan ke atas ekonomi di Asia.

Selepas kematian Mr. Sundram dan Mr. Yap di luar negara, Mikhail sepatutnya menghapuskan Abdul Halim dan Datuk Bakri di Malaysia. Takdir Tuhan, menemukan dia pada Reina Raihana lalu melembutkan hatinya yang selama ini dipenuhi dendam dan amarah. Lalu, dia mula mempersoal tugasan yang diberi Dickens padanya dan mula mencari kebenaran.

Akibat ingkar, Mikhail 155 ditugaskan untuk menghapuskan Mikhail 496. Mikhail 155 adalah Kharis. Orang kepercayaan Abdul Halim dan Reina Raihana. Bersembunyi di balik ketempangan kaki dan muka yang 'innocent'. Pada masa yang sama, Dickens mengarahkan seorang anggota polis berpangkat tinggi, ASP Tim untuk menghapuskan Kharis.

Namun, ASP Tim mengkambinghitamkan pegawai bawahannya iaitu Inspektor Sharani untuk menghapuskan Kharis sekaligus meneruskan tugasan asal Mikhail -membunuh Datuk Bakri, Abdul Halim dan Datuk Seri Tan. RM 500 000 menggelapkan mata hati Inspektor Sharani, padahal wang yang diterima ASP Tim adalah jauh lebih banyak. $USD 10 juta! Namun, segalanya terbongkar juga akhirnya hasil usahasama Mikhail dan Inspektor Zetty (kakak kepada Reina Raihana). Mikhail akhirnya bersama Raihana. Tamat.




"Ramlee Awang Murshid. The writer of the novel. Probably,this is one of the most complicated novel of his that I've read. He managed to keep me hold tight to the book, for the sake of discovering the truth behind those incidents. I tend to get sleepy while reading a book, but MIKHAIL failed to do so. Huh, amazing! While reading a novel, I finally understood the joy of reading a novel for some people. Novel lets the reader to be creative and imaginative. I imagining Mikhail as Lee Min Ho who played Lee Yoon Sung in The City Hunter. veery sesuai...~ It seems that Korean pop culture is crossing the line with Malay culture here", farhinmatori


Berikut, hanyalah visual aid untuk si pembaca yang kurang daya imaginasinya iaitu AKU:






Comments

Popular posts from this blog

Lagu mana

RINDU

Harapan